Ramadan Kareem...
May Ramadan bring us ever closer to Jannah.
Wishing you good health and a warm spirit this Ramadan.

Ramadan Kareem...
May Ramadan bring us ever closer to Jannah.
Wishing you good health and a warm spirit this Ramadan.
Sejajar dengan usaha memperkasakan promosi kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, PERKESO telah melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP), bermula 1 Jun 2022.
Pelaksanaan semula HSP turut menawarkan penggunaan aplikasi SEHATi bagi memberikan pengalaman baharu yang lebih menarik kepada pekerja terutamanya dalam pengurusan saringan kesihatan.
Aplikasi mudah alih SEHATi menawarkan pengurusan saringan kesihatan di bawah HSP yang mudah dan fleksibel.
Aplikasi ini turut dilengkapi dengan modul Health Diary yang membolehkan pekerja merekod data kesihatan masing-masing bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri
Siapa yang layak di bawah HSP?
Bagi pekerja yang ingin menyemak kelayakan dan membuat saringan kesihatan di bawah HSP, pekerja perlu memuat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sehati.perkeso.gov.my
Memang mudah rupanya guna aplikasi Sehati ni. Cuma daftar dan tunggu sama ada kita layak untuk mendapat kemudahan ni. Kemudian, jawab beberapa soalan mengenai lifestyle kita dan sejarah kesihatan terutamanya sejarah kesihatan ibu bapa dan juga diri sendiri. Untuk kesihatan mental pun kena jawab jugak lah ye..
Kemudian, dalam apps tu korang boleh pilih tempat untuk membuat medical check-up. Apps ni dah lengkap dengan maps di mana korang boleh pilih klinik yang berdekatan dengan rumah korang..
Cherish every moment.
Bak kata orang jawa ๐. Terlalu cepat masa berlalu... Tahu-tahu dah PRU 15. (But the time I wrote today 22/11/2022 9.30am Malaysia belum ada Perdana Menteri yang baru). Almost 3 tahun kita berdepan dengan Covid-19. Dah muncul macam-macam varian baru. Vaksin pon dah sampai booster ke -2.
Just nak share masa PKP banyak perkara yang menyedihkan berlaku. Stress.. takde kerja, kerja pon kena tipu(majikan tak bayar gaji). But, Alhamdulillah 2022 actually give a good start for me dan saya berharap perkara-perkara sedih tak akan berlaku lagi.
Terlalu banyak nak tulis. tp tulah tak tahu nak start dari mana๐. Oklah kita start dulu perihal anak-anak.
2020- Anak sulung - Tuah Amir berjaya menempatkan diri ke SBP- Sek Men. Sains. (sekarang dah tingkatan 3)
2022- Anak ke- 2- Tsara juga berjaya menempatkan diri ke SBP- Satu sekolah dengan abangnya.
Yang no 3 - Tuah Arif- masih sekolah rendah darjah 5. tak tahu le ni.. ini hasil budak tak de exam darjah 1-3. Darjah 3-4 semua belajar online kerana pandemik Covid-19. Ini agak merunsingkan dan saya harap kerajaan baru ubahlah sistem pendidikan untuk anak-anak kita.
Ok. Nanti sambung ye.. debor ni nak tunggu PM-10 kita.๐