Thursday, November 11, 2010

Ai Tak Tengok Citer Melayu tau!


Ada la 2 ekor minah melayu... Berborak².. Borak kan nya lebih kurang begini ya ...

Minah A : Semua cerita org puteh kita tengok. Citer omputeh memang best kan?

Minah B : Aah.. Best.. aku paling suka citer Alice in the Wonderlang.. (Opps Wonderlands.).. dari kecik² lagi aku suka tengok.

Minah A : betol².. memang best!

Minah B : eh.. citer yg Elijah Woods berlakon tu apa tajuk nye?

Minah A : erk.. entah lah.. tak tahu..!

Minah B : alah.. citer yg macam Harry Potter tu..

Minah A : hmm.. entah le..


Pulak!

Makcik yg kat sebelah ni kalau boleh pengsan, pengsan time tu jugak.!!

**species.. x mo kalah.. cakap berdedai².. mcm hebat sgt. tapi, Yilek!**


Wednesday, November 10, 2010

Cemburu Kehadiran Adik

PERNAHKAH anda perhatikan sifat anak pertama yang berubah selepas kelahiran anak kedua?

Kebiasaannya sifat anak pertama itu akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Kadangkala perkara yang sedikit saja menyebabkan dia menangis.

Ada yang memberi istilah sebagai ‘chengeng’ atau ‘ciwek’ yang menunjukkan sifat kanak-kanak itu. Ada pula yang langsung tidak boleh melihat wajah adik mereka, si abang atau kakak akan memukul, sentiasa mencari peluang untuk membuatkan si adik menangis atau dimarahi ibu.

Justeru, bagaimana mendidik anak sulung untuk menerima kehadiran orang baru iaitu adik dalam hidupnya?

Biasanya selepas kelahiran anak kedua, perasaan cemburu si abang atau kakak terhadap adik mereka semakin ketara. Si abang seolah-oleh bimbang akan kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa terutama ibunya.

Tambahan pula apabila melihat ibunya memangku adiknya ketika menyusu, menukar lampin adik dan sentiasa menjaga adik dengan penuh kasih sayang. Dia berasa seolah-olah dirinya sudah tidak lagi disayangi ibunya.

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa:

  • Menukar sifat cemburu kepada sayang

    Biasanya anak sulung akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab atau mencubit apabila ibu ‘lepa’ daripada pandangan ibu atau bapa.

    Anda boleh mencuba kaedah ini iaitu dengan memegang tangan anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan lembut bahagian kaki dan tangan sekerap mungkin.

    Cerita pada si abang bagaimana suatu ketika dulu, si abang pun diperlakukan perbuatan yang sama. Sambil menyusukan si kecil, ibu perlu memperbanyakkan mengusap kepala

    dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi.

  • Panggilan membentuk sifat

    Ajar si abang supaya memanggil adiknya dengan panggilan ‘adik’ atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama saja.

    Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang terhadap adiknya.

  • Pimpin tangan adik

    Ketika anak sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan dekatkan kepada tangan adik ketika berjalan.

    Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang pada adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal daripada kebiasaan.

    Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.

  • Perkongsian

    Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya, jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua iaitu seorang satu. Jika beli air kotak, juga dibelikan dua kotak.

    Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi. Kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan adik.

  • Bersikap adil

    Jangan pukul abang jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik.
    Peluk sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlu mengalah.

    Anak sulung juga perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik. Adakah ini wajar?

    Keadaan begini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya ia akan menjejaskan misi ibu bapa untuk menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.

    Anda boleh juga melayari laman sesawang http://www.blog.rahsiaanakpintar.com untuk mendapatkan panduan mengenai penjagaan anak.


  • Sumber seperti biasa bukan dari BERNAMA, tapi dari Hmetro
  • Tuesday, November 9, 2010

    Mintak maaf lah ye...

    Mintak maaf lah ye.. Sejak dua tiga menjak ni saya jengok² belog kawan² tapi tak de bagi komen apa². Tenet ni kenkadang slow je. Malas nak layan tenet beroks ni.

    Apa² pun.. terima kasih jugak kat kawan² yg jengok belog saya nih.. kenkadang bersawang. Kadang² bersih. tapi.. sejak 2-3 menjak ni saya sibuk sikit. Maklom lah bulan depan dah bulan 12. Akhir tahun dah.. huhuhu.. Akhir² tahun ni banyak pulak keje. Lagi² kena sambung kontrak nih.

    Lepas raya haji nih ada interview semula di KPKK sebab sambung kontrak lagi. Adoii.. malas nya nak pergi interview. Boleh tak? Pening nak jawab soalan. Sambung je kontrak tu sudah.. atau kalau baikk hati bagi jawatan tetap kan bagussssss.. Malas dah makcik ni nak pening² carik keje lain oii..

    Ayoyoyo... entah² hari ni kena balik lambat.

    Monday, November 8, 2010

    Grrrr........!!

    Sebenarnye saya geram sangat nih... rasa cam nak pukul² je mamat tuh.. Kalau dah pukul, pijak pulak bagusssss nye..

    Tapi.... cabaran tu.. dia buat saya berkobar² lagi..

    Berkobar² aper?

    Menurunkan berat badan.. *hikss*

    Mamat tu adalah orang yg menginterview saya hari tu. Dia kata apa kata saya cuba tahun depan je. Boleh saya turun kan berat badan.

    Makcik terbakarrrrrrrrr di situ. Pandang dia kecik besar.. kecik besar..

    sebab kan saya dah pandang dia camtu.. dia tengok balik slip Ujian kecergasan saya tu. Dia kata BMI saya ok. cett..

    Tapi betol la.. rasa diri ni dah makin mengembang . Paling drastik lepas raya hari tu. Makan x ingatt dunia.. lagi satu org mesti ingat saya ni gemuk sebab pipi ku yang tembam itu.. Hik hik hik.. ini pipi memang tak boleh turun punye.. Semula jadi okeh. Dari kecik sampai la ni dia tembam ok.. lagi pon ini trademark juga ape.. Orang lain susah payah injek botok kasik naik pipi.. hihihi

    Tak pe².. saya sebenarnya dah mula kan langkah berdiet + senaman. Nak jaga jantung jugak le kata kan.. Lagi pun sebelum kahwin saya selalu erobik. Sebab tu maintain je berat badan ni. Cuma lepas masuk hospital sebab kena buang appendik tu teruss jadik malas.. Hahaha.. alasan malas nak buat keje berat². Sudah nye jeans size 28 itu boleh ku pandangg saje.. tak boleh di pakai.. huuhuhhuu..



    Thursday, November 4, 2010

    Interview yg paling lama dalam sejarah hidup saya.. :)

    Salam... Yup.. baru hari ni dapat bersiaran atas sebab² yang tidak dapat di elakkan.. Antara sebab utama ........... ni ha dia...



    Hari Selasa saya pergi temuduga sebagai Pembantu Masyarakat TABIKA.. heh.. nak jadi cikgu pulak dah ye? Miahaha... cuba nasib lah orang kata. Kita kena berusaha. Kalau duduk saja pun tak dapat apa² kan. Usaha tu penting ya kawan².

    KEMAS Selangor ni kat PKNS Shah Alam.. Sambil tu boleh menyelam cuci² mata kat PKNS ye.. hehehe.. Pukul 8.00pagi dah tercangok kat sini.
    Actually.. citer nya panjang sebelum interview nih..
    Sebab, hari Jumaat lepas baru saya dapat surat panggilan temuduga nih. Malam tu baru tahu ada interview. Iskk.. dalam hati mana sempat nak cari maklumat cam ni.. Sabtu & Ahad dah sibuk. tinggal Isnin je. Isnin lak nak kena buat report sebab Isnin tu 1haribulan. Tawakkal je lah.. baca² je mana yang sempat.
    Pastu Isnin pagi tu hubby bagi tau yg interview tu ada ujian kecergasan (UKJK) .. iskk.. terkejut saya. Apsal lak kan? Siap hangin gak.. ingat ni interview PTD ka?? Saya memang tak baca habis surat panggilan temuduga tu. Sebab nya arahan ujian tu kat belakang. Saya baca depan je. Hik².. Ampunn hubby!!
    Sudah nya.. malam tu baru nak cari kasut & baju apa bagai. Memang haru betol lah..

    Ramai betol yang datang interview nih.. ada 200 org.. Adooyai.. ramaiii...

    Lepas ujian kecergasan.. kita makan pulak!

    Lepas makan ape semua menunggu lah pulak kena panggil interview. Korang nak tahu pukul bape saya masuk bilik ni?
    5.30 petang ok!!


    Ni ha antara umat Muhammad yang menunggu penuh kesabaran dalam usaha mendapat kan pekerjaan. Baguss.. Macam ni yang kita nak ye. Banyak² bersabar.
    Apa² pun usaha ya!

    Friday, October 29, 2010

    BlackBerry Torch 9800

    Yes, you read it right – if you missed out on the previous contest where Celcom was giving away two BlackBerry Torch smartphones, you can stop beating yourself up over it, and start drying your tears because there are more to be won!



    Yup.. memang le saya baru beli handphone baru. tapi, kalau tengok yang ni boleh meroyan & gatal tangan mahukannya..sebab, BlackBerry Torch ni merupakan smartphone pertama dengan keyboard BlackBerry dan penuh skrin sentuh 3,2 inci! dilengkapi dengan kamera 5 MP kemampuan memori 8GB, yang boleh di upgrade dengan kad micro SD, mesej terintegrasi sosial feed dan push email.

    Dan lagi korang nak tahu tak hari ni 29 Oktober 2010 merupakan hari pelancaran BlackBerry Torch 9800 ni.. Di Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL (depan of La Bodega). Waktunya.. 3ptg sampai 10mlm.

    Yang menarik nya lagi..

    There’s something else we have to share with you – On this auspicious date of 29 October 2010, the Celcom BlackBerry Torch 9800 is officially launched and there’s a one-day-only crazy deal going on in conjunction with the launch! Here’s what you can expect:

    - Enjoy the Celcom BlackBerry Torch at CRAZY prices from as low as RM 8 when you sign up on the day with Celcom Exec or Celcom Biz plans!
    - 1st 10 customers to sign up get it at RM 8!!!
    - Next 100 customers get it at RM 488!!
    - Following 100 customers get it at RM 888!
    - ONLY LIMITED STOCK AVAILABLE and it’s FIRST COME FIRST SERVED… so get there as early as you can!
    - Get a FREE Limited Edition BlackBerry Torch Door Cover, FREE BlackBerry Torch hard casing plus FREE Call Me Tones for 1 month worth RM5, games, apps for BlackBerry®. Just Dial *118#, and select STUFF FOR BLACKBERRY!
    - There’ll also be many other fun activities, prizes and giveaways on the launch date.

    hehe.. Sebab utama saya nak menang telefon ni ada lah kerana, bila abang dok main telefon Sony Ericsson saya hari tu.. Dia dok tekan² skrin telefon tu.. Dia ingat telefon tu telefon touch screen agaknya .. Adoii la anak 3 tahun lagi canggih dari mummynya!!(>_<)*

    Lagi.. Sebab kan BB ni ada keyboard jugak.. jadi sonang jugak pada mummy nak taip² kalau malas touch².

    Lagi.. ada BB kan sonang nak berFB bagai.. Senang jugak nak kasik upload gambar Abang & Adik di mana sahaja.. tak kira waktu..

    Lagi.. Dah lama pakai maxis, Kalau tukar Celcom pun best jugak kan?

    P/S: ni pertama kali masuk contest nuffnang.. harap boleh menang.

    Thursday, October 28, 2010

    Kereta Baru~ Hadiah Anniversary Mummy & Daddy

    Tadaaaaa
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *

    Ini lah dia kereta huggies play tent..

    heheheh

    Gembira habis!!

    Abang siap request nak tido dalam tu..
    iskk.. tak bleh la bang.

    Kalau kereta betol tak pe la..

    P/S: Semalam Anniversary (kahwin) saya yang ke 4.
    Happy anniversary my dear hubby..

    Terima kasih kasih kerana sentiasa berada di samping saya tak kira susah @ senang..
    I love u so much..