Tuesday, August 27, 2024

Life must be go on..

Jalan terus...

30 Julai 2024... Pemergian abang ipar, akibat komplikasi tumor otak.


Dan yang ada sekadar kenangan.. 


Semoga kakak aku tabah & redha..



Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. 

May your soul rest in peace.. and may Almighty Allah accept you in Janna firdaws together with all the Muslims.



 



Friday, July 5, 2024

Sebuah kisah klasik untuk masa depan


"Jabat tanganku mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna waktu ini yang kan kita banggakan di hari tua
 
Sampai jumpa kawanku
Smoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
Smoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan "


*******************************************************************************
Galau sikit aku seminggu dua ni..
Galau tak galau .. bumi tetap berputar.
Macam selalu.. 
sampai masa giliran tiba, pergi lah kita

Maaf kawan.. aku memang bersalah.. tp tu lah.. bukan niat aku pun tak nak bertanya khabar. kalau ikut kan our last conversation was 14 years ago... kau pun macam nak tak nak je jawab pertanyaan aku.. jadi aku siap2 dah buat kesimpulan. aku bukan penting dalam hidup kau dan just like that je aku give up on our friendship.


dan aku tahu aku memang jenis lupa daratan since aku masuk belajar kat KL, masuk UiTM, kerja.. aku memang tak amik port dah pasal kawan2 kampung, kawan2 sekolah. aku pun jarang balik kampung. kalau ada re-union pun memang aku ignore kan je.

Tah la kawan, masa belajar kt KL, arwah abah aku pesan, jangan kerap balik. Kos balik je dah bape.. Yelah, tambang bas lagi.. aku nak balik makan lagi, tu semua kos, keluarga aku bukan kaya. Sebab tu aku ni jarang2 balik kampung. Kalau aku balik, aku lebih suka duduk rumah.. mengadap emak aku. Masa arwah abah aku ada pun dia bukan nya bagi aku keluar rumah sangat. Even masa sekolah menengah dulu aku kadang sleep over rumah kawan pun arwah abah aku boleh bising sampai satu minggu.

Ya.. masa sekolah menengah dulu aku memang jenis degil sikit. Kawan dengan geng2 korang lah.. aku curi2 bawak motor.. kalau tgk parut kat kaki aku  ni, tu lah kenangan curi2 bawak motor. Tau2 dah 30 tahun. rasa macam semalam.. 

Walaupun jenis merambu tah mana2. Alhamdulillah.. pelajaran tu tak pernah lupa. Kau dgn kawan2 ko lah dan aku masing2 berlumba2 nak dapat markah tinggi. eh.. aku lupa lah.. kita lain kelas. Korang kelas first, aku kelas ke dua. Apa2 kau memang tak leh beat aku sebab aku mesti dapat no 1 dalam kelas aku.. hahah!

Ikutkan sebenarnya yg kita betul2 berkawan, tiga tahun je. form 1 sampai form 3. Lepas form 3, kau dah masuk sekolah lain. Dan sepatut nya aku pun masuk sekolah teknik. Tapi, masa tu parents aku tak bagi pindah sekolah sebab kakak aku nak masuk Universiti. Kos bukan sedikit2 lagi2 kakak aku tu nak pergi ke Perlis.. Ye lah.. aku beralah. tp tu lah.. YTJT  perangai kakak aku tu macam mana sekarang. Kadang kakak aku lg sorang bising jugak, sia2 berkorban sampai ikat perut kerana dia.. 


30 tahun lepas, tu zaman guna telefon rumah - guna public phone - guna kaset - dengar radio - basikal BMX -  basikal le run - motor honda EX5 - typewriter - berutus surat  - lagu KRU - Backstreet boys - Ukays - Zamani - Slam - Spring - Arrow - Spin..

Maaf kawan.. masa kau sakit aku mmg tak bertanya khabar. Tapi aku doakan jugak untuk kau.. semoga Allah ringankan segala sakit..

Dan sampai masa kau pergi..

Terima kasih kawan.. pada hari2 yang pernah membuat aku senyum.. pada hari2 yang buat aku gembira..  pada hari kita bergaduh tentang benda2 bodoh.. pada hari segala perkara baik yang kau buat untuk aku.. terima kasih pernah ada dalam hidup aku.. 


Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. 

May your soul rest in peace.. and may Almighty Allah accept you in Janna firdaws together with all the Muslims..


#budakkelassebelah

#PMR1996





 







Tuesday, June 18, 2024

2024

 Hai 2024.


Betul lah masa tu cepat berlalu.. Tau2 dah 2024.

Last blog entry  Ramadan tahun lepas. But in between a lot things happen in my Life.

April 2023 - Raya

May 2023 - Konvo Degree - on May jugak saya decide untuk resign from my previous company. Masa tu nekad. Tak fikir apa2 pun. Fikir lepas berhenti kerja duduk rumah je dan bertenang2. Why resigning? a lot of thing mengganggu saya melaksanakan kerja dengan aman & tenang. So I resign. 

Dalam proses resign, takdirNya ada company melamar saya.

Jun 2023 - Kerja di syarikat baru

Julai 

Ogos

Sept

Oct 

Nov 

Dec

Dgn company baru banyak pergi kursus. Jadi panel WIM & lastly late 2023 join kursus Fasilitator WIM & dah berjaya jadi FB - Fasilitator Bertauliah untuk WIM.

Yes .. toxic company memang wujud. Jadi utk mengelakkan toxic melampau, baik angkat kaki.

dan saya amat2 bersyukur dapat join company yang sangat support staff dari segi personal growth and development.

............

Anak sulung saya pun dah bertukar sekolah dari SBP ke KV.

Anak bongsu pulak, berjaya mengekalkan kedudukan beliau berkepit dengan mummy. Form 1 2024.

Wednesday, March 22, 2023

Tau-tau dah March 2023!

 Ramadan Kareem...

May Ramadan bring us ever closer to Jannah.

Wishing you good health and a warm spirit this Ramadan.



Ramadan tiba. Ramadan tiba. Ramadan tiba.
Tiba-tiba Ramadan..😅


Tuesday, November 22, 2022

Sehati - Perkeso

Memandangkan usia dah mencecah 4 siri. Sudah tentu le perkara utama yang menjadi perhatian saya adalah kesihatan. Dah lama cari-cari tempat nak buat medical check-up. Dek kerana pandemik, banyak kekangan dari segi masa dan kewangan. 

Rupanya ada kemudahan yang  percuma bagi rakyat Malaysia membuat saringan kesihatan terutamanya golongan pekerja. Mula-mula nak Sign-Up untuk saringan kesihatan PEKA B40. Tapi, ternampak pulak promosi HSP- SEHATI.

Sejajar dengan usaha memperkasakan promosi kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, PERKESO telah melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP), bermula 1 Jun 2022.

Pelaksanaan semula HSP turut menawarkan penggunaan aplikasi SEHATi bagi memberikan pengalaman baharu yang lebih menarik kepada pekerja terutamanya dalam pengurusan saringan kesihatan.

Aplikasi mudah alih SEHATi menawarkan pengurusan saringan kesihatan di bawah HSP yang mudah dan fleksibel.

  • Semak kelayakan HSP
  • Menetapkan janji temu bagi saringan kesihatan dengan klinik panel
  • Jalani saringan kesihatan secara percuma
  • Mengakses keputusan ujian saringan

Aplikasi ini turut dilengkapi dengan modul Health Diary yang membolehkan pekerja merekod data kesihatan masing-masing bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri

Siapa yang layak di bawah HSP?

  • Warganegara Malaysia
  • Aktif mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Terbuka juga kepada pencarum berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko kesihatan NCD

Bagi pekerja yang ingin menyemak kelayakan dan membuat saringan kesihatan di bawah HSP, pekerja perlu memuat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sehati.perkeso.gov.my


Memang mudah rupanya guna aplikasi Sehati ni. Cuma daftar dan tunggu sama ada kita layak untuk mendapat kemudahan ni. Kemudian, jawab beberapa soalan mengenai lifestyle kita dan sejarah kesihatan terutamanya sejarah kesihatan ibu bapa dan juga diri sendiri. Untuk kesihatan mental pun kena jawab jugak lah ye..


Kemudian, dalam apps tu korang boleh pilih tempat untuk membuat medical check-up. Apps ni dah lengkap dengan maps di mana korang boleh pilih klinik yang berdekatan dengan rumah korang..


Korang bolehlah booking appointment melalui apps ni. kemudian jangan lupa hubungi klinik tu ye. 
Lepas tu jangan lupa.. puasa 12 jam sebelum ambil darah. Cuma boleh minum air kosong je ye!

Saya start puasa jam 9mlm sebab dah booking appointment pukul 9 pagi dan mula la episod mengambil darah..

Hmm.. masalah utama saya adalah urat darah tu halus-halus susah nak cari.. Udah le takut. Hahaha.. Mujur doktor tu agak menenangkan jugak. Selain ambil darah, sample air kencing pon kita kena bagi ye.. 

Ok dah siap semua kita tunggu lah result tu keluar. Biasanya amik masa 1-2 hari bekerja. Sebab sample tu kena serah kan ke makmal okeh. Tapi, saya rasa result tu agak cepat jugak sebab saya pilih buat pada 18/11/2022 hari cuti umum sebelum PRU15. Tau-tau hari Isnin dah dapat result.

Untuk result, perlu jumpa doktor sekali lagi untuk doktor terangkan keputusan-keputusan blood test. Huiii .. sama debarnya macam nak tunggu PM-10


ok ni result untuk cholesterol. hahaha.. semua okay.


Blood test ngan kidney semua okay. tak de masalah. harap berterusan le. Cuma tu le kann.. bile berat ni turun. statik je macam tu.. Korang doakan pulak akak berjaya kurangkan berat 10kg dalam 2-3 bln ni okay.

#sehati
#perkeso
#medicalcheckup
 

Rasa macam fast forward.

 Cherish every moment.


Bak kata orang jawa 😉. Terlalu cepat masa berlalu... Tahu-tahu dah PRU 15. (But the time I wrote today 22/11/2022 9.30am Malaysia belum ada Perdana Menteri yang baru). Almost 3 tahun kita berdepan dengan Covid-19. Dah muncul macam-macam varian baru. Vaksin pon dah sampai booster ke -2.


Just nak share masa PKP banyak perkara yang menyedihkan berlaku. Stress.. takde kerja, kerja pon kena tipu(majikan tak bayar gaji). But, Alhamdulillah 2022 actually give a good start for me dan saya berharap perkara-perkara sedih tak akan berlaku lagi.


Terlalu banyak nak tulis. tp tulah tak tahu nak start dari mana😄. Oklah kita start dulu perihal anak-anak.


2020- Anak sulung - Tuah Amir berjaya menempatkan diri ke SBP- Sek Men. Sains. (sekarang dah tingkatan 3)

2022- Anak ke- 2- Tsara juga berjaya menempatkan diri ke SBP- Satu sekolah dengan abangnya.

Yang no 3 - Tuah Arif- masih sekolah rendah darjah 5. tak tahu le ni.. ini hasil budak tak de exam darjah 1-3. Darjah 3-4 semua belajar online kerana pandemik Covid-19. Ini agak merunsingkan dan saya harap kerajaan baru ubahlah sistem pendidikan untuk anak-anak kita. 


Ok. Nanti sambung ye.. debor ni nak tunggu PM-10 kita.😉


Friday, October 16, 2020

My First post for 2020

Cepat masa berlalu.. Tanpa sedari dah masuk Oktober 2020.
Banyak juga perkara berlaku di tahun 2020.
Perkara terbesar.. Wabak Covid 19 yang memaksa penduduk dunia dan Malaysia bertukar norma baru.

Alhamdulillahh... Malaysia negara hebat. Walaupun dah masuk gelombang ke 3 penularan wabak, tapi rakyat masih patuh.
PKP
PKPB
PKPP

Now.. PKPB 2.0 for Lembah Klang..

Insya Allah.. The curve will be flatten.. Kita teguh & mesti menang.