Wajarkah kita memandang rendah seseorg yg sememangnyer rendah ?? hihihihi.. Apa yg nak saya utarakan di sini ialah perihal manusia yg suka riak & cakap takbur.
Saya? pernah dulu saya di anak tirikan & di pandang hina oleh sesetengah pihak. Saya sedar siapa diri saya. Masa di sekolah saya bukanlah seorang yg cantik. Cuma yg ada sedikit kepandaian shj. Saya ingat sgt waktu saya dipaksa bidan terjun masuk pertandingan kuiz kesihatan antara rumah-rumah pasukan. Walau terpaksa & tak tau apa2 saya masuk jugak kuiz tu. Alhamdulillah... pasukan saya menang pada hari itu. Seterusnya pasukan saya layak untuk bertanding peringkat sekolah2. Pada hari yg sepatutnya saya pergi bertanding utk sekolah2.. tiada satu cikgu pun bagitahu saya yg nama saya digugurkan utk bertanding. Hanya ada seorang kawan bagitahu kawan saya anak cikgu S dah pergi menggantikan saya. Perasaan saya masa tu?? Teramat sedih.. dalam fikiran saya, siapalah saya jika nak di bandingkan dgn anak cikgu yg cantik tu..
Saya tahu saya miskin, adik beradik saya ramai.. bapa saya hanyalah seorang kakitangan awam bergred rendah.. kadangkala makanan kami benda yg sama iaitu ikan rebus yg di goreng, kubis & tauge.
Tapi, berapa ramai pulak manusia kat bumi ni yg mula hidupnya susah tp berjaya jugak akhirnya.. Yg berpangkat & yg berharta. Kalau nak di bandingkan ngan kehidupan org yg sejak lahir dah naik ferrari tp bila akhirnya entah aper2.. Sbg contoh Paris Hilton.. spoil giler.
Zaman sekarang berapa ramai pulak mak bapak nya berharta tapi anaknya spoil yg amat???
Saya sangat hairan bila ada manusia yg lupa hakikat diri. Macam lah lahir terus kaya yg amat? Mcmlah ada emas kat belakang rumah tinggi menggunung.. Nak menyombong diri x habis2..
Sewajarnya... yang lemah di bantu.. yang miskin jangan di hina.. kita x tahu berapa lama kita di atas... satu hari kalau jatuh tergolek ke bawah... sendiri mau ingat!! lu pikir lah sendiri.........