Friday, July 30, 2010

2 Dialog pagi nih...

Abang kata

"Abang rambut Hafiz, Adik rambut Milla"

Adui bang..
kita nak kena pg salon ke nih nak wat rambut kerinting Hafiz tu?
Adik pulak masih kurang rambut..


Abang kata lagi..

"Daddy pergi work, Mummy pergi work, abang pergi sekolah"
"kalau tak pegi sekolah, cikgu arah (marah)"

:)
Mummy belikan Abang beg, tu yg seronok habis..
huhuhu

Wednesday, July 28, 2010

Uzma di pagi hari..

Salam Rabu...

Agak lama jugak tak de tempek gambar bebudak nih.. Ampun.. !! saya memang sibuk lately, jadi tak de masa nak bergambar2..

Jadi... pagi hari ni terima la gambar adik.. Yang baru bangun tido.. sedang mengecek mummy barang2 make-up.. huhuhu (make-up ku murah je, jadi tak yah la tunjuk kott.. heheheh)



Adik ni.. seminggu je lagi masuk le 1 tahun 6 bulan... What a times flies!!... rasa sungguh sekejap.. dan antara perkembangan Adik ialah.. dah pandai sebut Mummy.. kadang2 dengar dia nyanyi

acum.. acum.. acum.. ulalala...

tapi .. tu la...... kekadang bila nak rakam dia nyanyi.. time2 tu la handphone ku kena bawak larik.. Sangat rugi kan??**sigh** Jadi.. adik, ampunkan mummy sebab video adik memang kurang compare to Abang.

Monday, July 26, 2010

Boleh tak?

Banci 2010


Boleh x.... kalau saya tanya awak.............. awak jawab je.. jangan nak banyak songeh.... soalan banyak la.. hapa la... awak ingat saya ni x letih ke berdiri depan pintu umah awak, dan 40 rumah lain?

saya x suruh & x harap sapa2 bagi air.. walau pun tekak saya haus kerana dok bertanya soalan dan terjerit2 depan pintu umah awak macam orang gila & menunggu awak bukak pintu umah awak..


Apa? Saya mintak duit awak ke?


awak ingat saya ni penjual kad gores & menang ke? suka hati awak je kan? bila awak jawab soalan, awak dapat hadiah... pale lutut awak la..


Kalau awak nak senang2 x nak org ganggu.......... elok awak duduk 7 kaki ke bawah tanah tu.. senang kerja saya x payah kira awak...



** luahan hati seorang pembanci**

** saya bukan pondan... saya wanita sejati.. hik hik hik**




Thursday, July 22, 2010

Selamat tinggal....

60 buah rumah..
60 cerita..
60 ragam
ok.. ini untuk fasa pertama..
selesai sudaa..

masuk dlm kotak..

hantar.....

so..

Selamat tinggal Subang Permai..
huhuhuhu..!!
Nak start fasa 2 hari ni...
ke ss13 pulak..
Chaiyok!!

Tuesday, July 20, 2010

Komen..

Ok .. ampunkan saya.. memang x sempat jawab komen2 korang..

huhu.. hati & jiwa masih belum tenang.. kira belum jumpa taman bunga lagi la ni..

Sebab nye..

Sibuk tahap gaban...
Malam ni ni nak bungkus semua soal selidik banci.. Ada gak lom siap lagi ( fobia ngan nama2 bangla sampai 12 orang satu umah... naik patah tangan ni tulis sampai 3 borang 1 rumah !!)

apa2 pun harap mlm ni saya x tido 3 pagi lg.. sbb dok siapkan semua dokumen2 setiap mlm..
(betul2 berkhidmat utk negara.. chaiyok2!! huhuhu)

Rabu (esok la kan?) mungkin leh proceed kawasan lain. Dah tepu kt USJ 1 tu. Nyampah pon ada.. Harap enviroment baru ada motivasi baru..

Chaiyok2....!!

Wednesday, July 14, 2010

Banci..

Ok.
Dua entry untuk pagi nih..
Ye lah kan.. maklom je la. Kena pindah randah nak online pon kan??
Sangat x effisen di situ..
Kali ni cerita pasal tugas yang x berapa nak hakiki.. iaitu sebagai PEMBANCI.
kerja ini di lakukan selepas ofis hour & weekend.
Zaman dah berubah di mana rumah skang ni sekadar tempat tido je..
Setakat seminggu pembancian berlangsung, most of the isi rumah pergi bekerja. Jadi agak penat nak ulang dua tiga kali nak pegi balik umah diorang nih..
So, ada la 2 lagi cara yg boleh di gunakan selain bersemuka iaitu
DOPU
&
e-census
Sebenarnya dua method ni x berapa di galak kan sebab nye selalunya kalau isi sendiri orang confirm x de buat.
e-census pulak masih memerlukan pembanci datang ke rumah untuk mberikan kod2 yg berkenaan.
So.. sebagai pembanci.. barang2 yg wajib ada adalah..

Beg banci & tag ID pembanci.
kalau ada org datang banci tanpa kedua2 barang ini. Korang boleh halau ngan sesuka hati..

Dokumen 1a ni sangat penting untuk pembanci. Tanpanya kami tidak boleh pergi membanci. Dokumen ni jugak nyawa & jiwa raga pembanci .
Kalau ada anjing garang datang.. @ perampok. Jangan sesekali memberikan dokumen ini kepada anjing @ perampok itu.
Selamatkan lah dokumen ini ye!!
Apa kah kepentingan Dokumen 1a ini?
Ok.. dalam nye ada peta blok @ rumah yg nak di banci.
Dalam nye jugak terdaoat maklumat alamat kediaman yg nak di banci.
Setelah selesai membanci, semua maklumat mengenai bilangan isi rumah, di pindah kan ke dalam dokumen ini.
Hoh.. korang jangan ingat senang je men banci2 suka2 hati. Ada guideline tau!!

Dan........ ini la keje umah malam hari..
Ades...
walaupun banyak keje..
in other side.. it is a really good experience for me!!
coz.. saya dah bosan dok terperap kt ofis je..
sekali sekali jumpa org saya sangat gumbira!!
huhuhu..
Nota kaki 1 : Ada orang puji saya lemah lembut & sangat sopan santun..pergh.. saya sendiri nak muntah hijo.. buleh gitu.. huhuhu!!
Nota kaki 2 : Sila berikan kerjasama anda. Kerjasama anda amat di perlukan. Banci pon bukan selalu kan.. 10 tahun sekali. X tanya banyak pon..


Bertunang...

Ok fine.. kalau saya balik kampung, mesti ada misi.. kalau x de misi x sah. Agak durhaka kat situ. Tp, yelah kan.. ngan kebizian ku yg tahap gaban.. Mana ada masa nak balik kampung. Tambah2 lagi ada tugas yg x berapa nak hakiki sangat. So, kena plan awal2.

Kali ini, misi balik kampung saya adalah kerana acara pertunangan kakak saya. Opps.. dia x de lah tua @ andartu sangat ok!!. Cuma tua setahun dari saya. Baru 30 je.. lalalala... Tua ka muda ka.. itu x penting .. janji sampai jodoh, jalan.. jangan tangguh2 lagi..

Abang Amir kata.. Mak lang nak tawen (kawen) laa..

Kek..

kakak saye..
Ape2.. saya doakan mereka kekal jodohnye..

Thursday, July 8, 2010

Banci..

Petang ni pergi membanci jap. Nak pulun habis2an..
Esok nak balik kg lak..

Adess.. Sgt penat..

**skali skala meletak status mcm kt fesbuk, seronok juga ya....** hu3

Mummy jawab lah.........

Ok... Memandang kan ramai dah bagi komen pada pertanyaan Abang hari tu..

Mummy, kenapa mummy tido ngan daddy?
huhu.. sensetip soalan nih..
Memandang kan masa tu daddy ada.. Mummy suh daddy yang jawab.. Daddy dok sengih2 je..
Pastu Mummy tanye Abang balik
Naper? Abang ada tengok daddy tido ngan orang lain ke ?
heh..
(blur2 Abang bila mummy tanye dia balik)
Daddy purak2 menggelabah..
Cett..

Wednesday, July 7, 2010

Mummy .. Kenapa? ::

Seriuss.. budak yang nak mencecah 3 tahun tu memang banyak persoalan dia..
hari2 bertanya itu ini..
ye lah kan.. malu bertanya nanti sesat jalan kan??
Ada sekali dia tanya..
Mummy.. kenapa mummy tak pakai tudung?
Adess.. kelam kabut mummy mencari tudung.. sebab masa tu kami dah nak balik dari umah MIL. Dah lewat malam.. Mummy fikir nak cepat je.. Tak yah la nak bertudung segala.
Abang ni pulak.. selagi mummy x pakai tudung.. selagi tu dia bertanya..
Cess.. malu mummy nye seround!!
Pastu ada gak dia tanya..
Mummy.. kenapa mummy tido ngan daddy??
erkk.. camne nak jawab tu??
nak tahu jawapan saya?
korang jawab dulu..
hehehehe..

Tuesday, July 6, 2010

Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2010

Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010

1. PENGENALAN
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan. Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980,1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010.Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.

2.OBJEKTIF
Objektif Banci diadakan antaranya ialah untuk:

i. Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.
ii. Menyediakan maklumat yang meluas tentang.
Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan
Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada
iii. Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga ke kawasan yang kecil.
iv. Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi.
v. Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; danInput kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa.

3.TEMPOH PEMBANCIAN
Tempoh pembancian adalah pada 6 Julai hingga 22 Ogos 2010.

4.PENDEKATAN
Hari Banci 2010 telah ditetapkan pada 6 Julai 2010 yang jatuh pada hari Selasa iaitu satu hari yang dianggap mempunyai mobiliti penduduk yang minimum.

Terdapat dua pendekatan yang biasanya digunakan dalam pelaksanaan Banci iaitu pendekatan de jure dan de facto. Bagi pendekatan de jure, maklumat setiap penduduk dipungut mengikut tempat tinggal biasa mereka pada Hari Banci. Manakala, pendekatan de facto maklumat seseorang dihitung mengikut tempat di mana mereka berada pada Hari Banci. Di Malaysia, secara tradisinya Banci menggunakan pendekatan de facto untuk penghitungan penduduk. Percubaan telah dibuat dalam Banci 1980 dan 1991 untuk mendapatkan kiraan penduduk secara de jure sebagai tambahan kepada de facto yang digunakan. Didapati bahawa kiraan penduduk secara de jure adalah lebih tinggi daripada kiraan de facto iaitu kira-kira dua peratus bagi Banci 1980 dan kira-kira lima peratus bagi Banci 1991.

Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 sama seperti yang telah dilaksanakan pada tahun 2000 akan menggunakan pendekatan de jure. Kerja-kerja pembancian akan dijalankan mulai 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 terhadap semua jenis tempat kediaman dan penduduk (termasuk bukan warganegara) yang tinggal/akan tinggal di tempat kediaman mereka bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2010 pada Hari Banci.

5. KAEDAH PEMBANCIAN
Dalam pelaksanaan Banci 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan kaedah pengumpulan data yang pelbagai iaitu:

i. Temu ramah bersemuka.

~ Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat.

ii. Pengisian sendiri

a) Drop-off and pick-up (DOPU)

Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri soal selidik berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh dan masa yang dipersetujui dalam tempoh tiga hari selepas drop-off untuk mengambil semula (pick-up) soal selidik yang telah lengkap diisi.

b) e-Census

Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan http://http://www.statistics.gov.my/. Responden perlu mendapatkan Butir-butir Pengenalan (ID) daripada pembanci yang akan melawat tempat kediaman untuk membekalkan Kit Banci. Responden perlu menggunakan ID yang dibekalkan untuk mengakses ke sistem e-Census.Untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik ini hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang sukar diakses.

6. LIPUTAN
Kerja pembancian akan meliputi semua kawasan di seluruh Malaysia. Semua orang (termasuk Warganegara dan Bukan Warganegara Malaysia) yang telah atau akan tinggal di tempat tinggal biasa di Malaysia pada 6 Julai 2010, iaitu selama enam bulan atau lebih dalam tahun 2010 akan diliputi.

7. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN
Banci 2010 meliputi tiga kategori yang utama iaitu penduduk, isi rumah dan tempat kediaman. Pecahan bagi kategori adalah seperti berikut:

i. Penduduk

Ciri-ciri Geografi
Ciri-ciri Demografi dan Sosial
Kesuburan dan Kematian
Ciri-ciri Migrasi
Ciri-ciri Pendidikan
Ciri-ciri Ekonomi

ii. Isi rumah

Ciri-ciri isi rumah

iii. Tempat Kediaman

Jenis tempat kediaman
Bilangan tingkat
Jumlah keseluruhan tingkat bangunan
Bahan binaan dinding luar
Taraf didiami
Bilangan bilik
Status pemilikan
Kemudahan bekalan air minuman
Kemudahan bekalan elektrik
Kemudahan tandas
Kemudahan kutipan sampah

Sumber seperti biasa.. bukan dari BERNAMA, tapi dari http://www.statistics.gov.my/

Nota kaki : Selamat Membanci untuk diri sendiri.. huhuhu!! tarik nafas.. turun nafas..

Monday, July 5, 2010

Mini Carnival ~ 2nd Day

Huhuhu... Belum habis lagi cerita pasal Mini Carnival hari tu.. Hari ni gambar hari ke 2 pulak..
Seawal 6pg hujan turun menyimbah bumi..
serius.. masa tu dah risau takut2 kalo hujan x mo berenti..
dalam kol 8 baru hujan reda.. huh.. betul2 lega..
cepat2 kemas barang.
Antara aktiviti hari kedua adalah..
Pertandingan mewarna bagi kanak2
heh.. Abang Amir masuk jugak..
Tekun sungguh abang ni yek..

Sambil2 tu jualan tetap berjalan ..
tengah hari pun orang datang..

hehe.. saya baru bangun tido nih...

Pastu bagi hadiah untuk pertandingan mewarna tadi..
Ada jugak cabutan bertuah..

Sessi bagi hadiah untuk peserta uji minda..

Sambil tu jeling2 jengok baju2 yg ada tu bang!!. beli la utk isteri yee...

Hoh.. panasss panassssss...

Petang sikit ada acara rebut gula2..

ni acara sessi memakai selendang bagi kaum bapa..
berpeluh2!!
hihihi
x sanggup you!!

Ni pulak acara kaum ibu.. melipat tissue.

Ni acara kemuncak jugak la..
acara baling & sambut telur secara berpasangan..


Last but not least...
Acara rebut kerusi..
Hoh... gila penat.
Minggu lepas saya sangat sibuk..
Belum berkesempatan bercuti lagi..
Habis berkarnival terus pergi taklimat pada hari Isnin & Selasa..
Pastu kerja sampai semalam (Ahad)
Hoh..
Seriuss..
I really need a long break..
Tp, sayangnya..
6 Julai hingga 22 Ogos saya kena bagi komitment yg besar..
Kenapa ye??
Esok la ye....
sekian laporan bergambar utk hari ini..

Friday, July 2, 2010

Promosi...!!

Salam..

Ni nak habiskan stok ya... Kain sulam dari Bandung, Indonesia.. Pilih2 la yang berkenan. Cepat.. semua nya cantik2 untuk korang pilih.. Sesuai di pakai di hari raya. (",)



Sulam Manik
Putih Coklat
Kain lembut & sejuk
Baju 2mtr
Kain 2mtr.
Harga RM 150.00
PROMOSI RM 130.00
NAK HABISKAN STOK NIH..

SEKARANG RM 80.00 SAHAJA
CEPAT!!


JUE: 012-3638873

Thursday, July 1, 2010

Mini Carnival ~1st Day~

Aktiviti hari pertama di mulakan dengan memberi sijil kepada peserta kursus bahasa Inggeris. Huhu .. Bermula agak lewat sebab banyak benda nak kena set-up plus nak alih khemah lg.. Apa2 pon.. Pagi2 lagi orang dah ramai...

Oppss... yg tengah2 ni patung ye.. jangan salah sangka ye..

Barisan kedai yang ada.. Kami ada gak jual nasik lemak ngan air..

Ni barang jualan saya..

Ni pulak jualan SILs.. Murah2 ... korang nak beli buleh contact saya..


Abang ni sebenarnye kerja nye meronda2 kt khemah tu.. Sebab panas, mummy ajak lepak je dalam rumah Tuisyen. Ni tengah cuba nak susun chess.. sudah nye give - up..

Ni adik yg seksi & seksa.. huhu.. panas sangat..
Pastu tengah hari hantar order katering kat Pandamaran.. Huhuhu.. Gila rushing.. So, petang nye x de gambar.. Sebab kena serve kat sana sampai petang.
Jadi, sesapa nak order katering pon boleh contact saya ok.. Area Klang & Shah Alam ..
Jap lagi sambung part 2..
Ada gambar2 x boleh nak uplod.. tension ni wooo..