Tuesday, August 27, 2024

Life must be go on..

Jalan terus...

30 Julai 2024... Pemergian abang ipar, akibat komplikasi tumor otak.


Dan yang ada sekadar kenangan.. 


Semoga kakak aku tabah & redha..



Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. 

May your soul rest in peace.. and may Almighty Allah accept you in Janna firdaws together with all the Muslims.



 



Friday, July 5, 2024

Sebuah kisah klasik untuk masa depan


"Jabat tanganku mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna waktu ini yang kan kita banggakan di hari tua
 
Sampai jumpa kawanku
Smoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
Smoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan "


*******************************************************************************
Galau sikit aku seminggu dua ni..
Galau tak galau .. bumi tetap berputar.
Macam selalu.. 
sampai masa giliran tiba, pergi lah kita

Maaf kawan.. aku memang bersalah.. tp tu lah.. bukan niat aku pun tak nak bertanya khabar. kalau ikut kan our last conversation was 14 years ago... kau pun macam nak tak nak je jawab pertanyaan aku.. jadi aku siap2 dah buat kesimpulan. aku bukan penting dalam hidup kau dan just like that je aku give up on our friendship.


dan aku tahu aku memang jenis lupa daratan since aku masuk belajar kat KL, masuk UiTM, kerja.. aku memang tak amik port dah pasal kawan2 kampung, kawan2 sekolah. aku pun jarang balik kampung. kalau ada re-union pun memang aku ignore kan je.

Tah la kawan, masa belajar kt KL, arwah abah aku pesan, jangan kerap balik. Kos balik je dah bape.. Yelah, tambang bas lagi.. aku nak balik makan lagi, tu semua kos, keluarga aku bukan kaya. Sebab tu aku ni jarang2 balik kampung. Kalau aku balik, aku lebih suka duduk rumah.. mengadap emak aku. Masa arwah abah aku ada pun dia bukan nya bagi aku keluar rumah sangat. Even masa sekolah menengah dulu aku kadang sleep over rumah kawan pun arwah abah aku boleh bising sampai satu minggu.

Ya.. masa sekolah menengah dulu aku memang jenis degil sikit. Kawan dengan geng2 korang lah.. aku curi2 bawak motor.. kalau tgk parut kat kaki aku  ni, tu lah kenangan curi2 bawak motor. Tau2 dah 30 tahun. rasa macam semalam.. 

Walaupun jenis merambu tah mana2. Alhamdulillah.. pelajaran tu tak pernah lupa. Kau dgn kawan2 ko lah dan aku masing2 berlumba2 nak dapat markah tinggi. eh.. aku lupa lah.. kita lain kelas. Korang kelas first, aku kelas ke dua. Apa2 kau memang tak leh beat aku sebab aku mesti dapat no 1 dalam kelas aku.. hahah!

Ikutkan sebenarnya yg kita betul2 berkawan, tiga tahun je. form 1 sampai form 3. Lepas form 3, kau dah masuk sekolah lain. Dan sepatut nya aku pun masuk sekolah teknik. Tapi, masa tu parents aku tak bagi pindah sekolah sebab kakak aku nak masuk Universiti. Kos bukan sedikit2 lagi2 kakak aku tu nak pergi ke Perlis.. Ye lah.. aku beralah. tp tu lah.. YTJT  perangai kakak aku tu macam mana sekarang. Kadang kakak aku lg sorang bising jugak, sia2 berkorban sampai ikat perut kerana dia.. 


30 tahun lepas, tu zaman guna telefon rumah - guna public phone - guna kaset - dengar radio - basikal BMX -  basikal le run - motor honda EX5 - typewriter - berutus surat  - lagu KRU - Backstreet boys - Ukays - Zamani - Slam - Spring - Arrow - Spin..

Maaf kawan.. masa kau sakit aku mmg tak bertanya khabar. Tapi aku doakan jugak untuk kau.. semoga Allah ringankan segala sakit..

Dan sampai masa kau pergi..

Terima kasih kawan.. pada hari2 yang pernah membuat aku senyum.. pada hari2 yang buat aku gembira..  pada hari kita bergaduh tentang benda2 bodoh.. pada hari segala perkara baik yang kau buat untuk aku.. terima kasih pernah ada dalam hidup aku.. 


Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. 

May your soul rest in peace.. and may Almighty Allah accept you in Janna firdaws together with all the Muslims..


#budakkelassebelah

#PMR1996





 







Tuesday, June 18, 2024

2024

 Hai 2024.


Betul lah masa tu cepat berlalu.. Tau2 dah 2024.

Last blog entry  Ramadan tahun lepas. But in between a lot things happen in my Life.

April 2023 - Raya

May 2023 - Konvo Degree - on May jugak saya decide untuk resign from my previous company. Masa tu nekad. Tak fikir apa2 pun. Fikir lepas berhenti kerja duduk rumah je dan bertenang2. Why resigning? a lot of thing mengganggu saya melaksanakan kerja dengan aman & tenang. So I resign. 

Dalam proses resign, takdirNya ada company melamar saya.

Jun 2023 - Kerja di syarikat baru

Julai 

Ogos

Sept

Oct 

Nov 

Dec

Dgn company baru banyak pergi kursus. Jadi panel WIM & lastly late 2023 join kursus Fasilitator WIM & dah berjaya jadi FB - Fasilitator Bertauliah untuk WIM.

Yes .. toxic company memang wujud. Jadi utk mengelakkan toxic melampau, baik angkat kaki.

dan saya amat2 bersyukur dapat join company yang sangat support staff dari segi personal growth and development.

............

Anak sulung saya pun dah bertukar sekolah dari SBP ke KV.

Anak bongsu pulak, berjaya mengekalkan kedudukan beliau berkepit dengan mummy. Form 1 2024.

Wednesday, March 22, 2023

Tau-tau dah March 2023!

 Ramadan Kareem...

May Ramadan bring us ever closer to Jannah.

Wishing you good health and a warm spirit this Ramadan.



Ramadan tiba. Ramadan tiba. Ramadan tiba.
Tiba-tiba Ramadan..😅


Tuesday, November 22, 2022

Sehati - Perkeso

Memandangkan usia dah mencecah 4 siri. Sudah tentu le perkara utama yang menjadi perhatian saya adalah kesihatan. Dah lama cari-cari tempat nak buat medical check-up. Dek kerana pandemik, banyak kekangan dari segi masa dan kewangan. 

Rupanya ada kemudahan yang  percuma bagi rakyat Malaysia membuat saringan kesihatan terutamanya golongan pekerja. Mula-mula nak Sign-Up untuk saringan kesihatan PEKA B40. Tapi, ternampak pulak promosi HSP- SEHATI.

Sejajar dengan usaha memperkasakan promosi kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, PERKESO telah melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP), bermula 1 Jun 2022.

Pelaksanaan semula HSP turut menawarkan penggunaan aplikasi SEHATi bagi memberikan pengalaman baharu yang lebih menarik kepada pekerja terutamanya dalam pengurusan saringan kesihatan.

Aplikasi mudah alih SEHATi menawarkan pengurusan saringan kesihatan di bawah HSP yang mudah dan fleksibel.

  • Semak kelayakan HSP
  • Menetapkan janji temu bagi saringan kesihatan dengan klinik panel
  • Jalani saringan kesihatan secara percuma
  • Mengakses keputusan ujian saringan

Aplikasi ini turut dilengkapi dengan modul Health Diary yang membolehkan pekerja merekod data kesihatan masing-masing bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri

Siapa yang layak di bawah HSP?

  • Warganegara Malaysia
  • Aktif mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Terbuka juga kepada pencarum berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko kesihatan NCD

Bagi pekerja yang ingin menyemak kelayakan dan membuat saringan kesihatan di bawah HSP, pekerja perlu memuat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sehati.perkeso.gov.my


Memang mudah rupanya guna aplikasi Sehati ni. Cuma daftar dan tunggu sama ada kita layak untuk mendapat kemudahan ni. Kemudian, jawab beberapa soalan mengenai lifestyle kita dan sejarah kesihatan terutamanya sejarah kesihatan ibu bapa dan juga diri sendiri. Untuk kesihatan mental pun kena jawab jugak lah ye..


Kemudian, dalam apps tu korang boleh pilih tempat untuk membuat medical check-up. Apps ni dah lengkap dengan maps di mana korang boleh pilih klinik yang berdekatan dengan rumah korang..


Korang bolehlah booking appointment melalui apps ni. kemudian jangan lupa hubungi klinik tu ye. 
Lepas tu jangan lupa.. puasa 12 jam sebelum ambil darah. Cuma boleh minum air kosong je ye!

Saya start puasa jam 9mlm sebab dah booking appointment pukul 9 pagi dan mula la episod mengambil darah..

Hmm.. masalah utama saya adalah urat darah tu halus-halus susah nak cari.. Udah le takut. Hahaha.. Mujur doktor tu agak menenangkan jugak. Selain ambil darah, sample air kencing pon kita kena bagi ye.. 

Ok dah siap semua kita tunggu lah result tu keluar. Biasanya amik masa 1-2 hari bekerja. Sebab sample tu kena serah kan ke makmal okeh. Tapi, saya rasa result tu agak cepat jugak sebab saya pilih buat pada 18/11/2022 hari cuti umum sebelum PRU15. Tau-tau hari Isnin dah dapat result.

Untuk result, perlu jumpa doktor sekali lagi untuk doktor terangkan keputusan-keputusan blood test. Huiii .. sama debarnya macam nak tunggu PM-10


ok ni result untuk cholesterol. hahaha.. semua okay.


Blood test ngan kidney semua okay. tak de masalah. harap berterusan le. Cuma tu le kann.. bile berat ni turun. statik je macam tu.. Korang doakan pulak akak berjaya kurangkan berat 10kg dalam 2-3 bln ni okay.

#sehati
#perkeso
#medicalcheckup
 

Rasa macam fast forward.

 Cherish every moment.


Bak kata orang jawa 😉. Terlalu cepat masa berlalu... Tahu-tahu dah PRU 15. (But the time I wrote today 22/11/2022 9.30am Malaysia belum ada Perdana Menteri yang baru). Almost 3 tahun kita berdepan dengan Covid-19. Dah muncul macam-macam varian baru. Vaksin pon dah sampai booster ke -2.


Just nak share masa PKP banyak perkara yang menyedihkan berlaku. Stress.. takde kerja, kerja pon kena tipu(majikan tak bayar gaji). But, Alhamdulillah 2022 actually give a good start for me dan saya berharap perkara-perkara sedih tak akan berlaku lagi.


Terlalu banyak nak tulis. tp tulah tak tahu nak start dari mana😄. Oklah kita start dulu perihal anak-anak.


2020- Anak sulung - Tuah Amir berjaya menempatkan diri ke SBP- Sek Men. Sains. (sekarang dah tingkatan 3)

2022- Anak ke- 2- Tsara juga berjaya menempatkan diri ke SBP- Satu sekolah dengan abangnya.

Yang no 3 - Tuah Arif- masih sekolah rendah darjah 5. tak tahu le ni.. ini hasil budak tak de exam darjah 1-3. Darjah 3-4 semua belajar online kerana pandemik Covid-19. Ini agak merunsingkan dan saya harap kerajaan baru ubahlah sistem pendidikan untuk anak-anak kita. 


Ok. Nanti sambung ye.. debor ni nak tunggu PM-10 kita.😉


Friday, October 16, 2020

My First post for 2020

Cepat masa berlalu.. Tanpa sedari dah masuk Oktober 2020.
Banyak juga perkara berlaku di tahun 2020.
Perkara terbesar.. Wabak Covid 19 yang memaksa penduduk dunia dan Malaysia bertukar norma baru.

Alhamdulillahh... Malaysia negara hebat. Walaupun dah masuk gelombang ke 3 penularan wabak, tapi rakyat masih patuh.
PKP
PKPB
PKPP

Now.. PKPB 2.0 for Lembah Klang..

Insya Allah.. The curve will be flatten.. Kita teguh & mesti menang.

Tuesday, September 4, 2018

Ovarian Cyst Part 2

Salam..
Lama gak sambungan ke dua ni. Drama sinetron hari-hari sambungannya kann.



Ok.. lepas scan cyst dah mengecil ke 3 cm. Tapi still sakit-sakit. Kenkadang rasa macam senggugut. Kenkadang perut macam cramp.
Tu yang buat stress. Stress sebab sakit tu tak boleh buat apa-apa melainkan bersabar. Minta dibedah pun tak boleh sebab cyst tu kecil. Maka hidup la saya bergantung pada pain killer. Sakit je amik pain killer.


Lama-lama bosan gak dengan ubat yang sebeban tu. Berhenti makan ubat dan jadi le manusia yang sehabis positif.
Ramai kawan-kawan suh berpantang. Macam-macam nasihat.
Tapi saya percaya key point masalah saya ni berpunca dari kenaikan berat badan dan sebelum ni memang pernah consume jamu.

Mungkin jugak asalnya jamu tu yang buat hormon saya tak seimbang dan akhirnya menjadi punca kepada ovarian cyst.

Memang saya dah lama stop makan jamu since 2015. Tu pun sebab bila start period saya dah jadi tak teratur. Sedangkan jamu tu claim boleh aturkan period la.. apa la .

Sejak 2015 la saya mula jumpa doktor berkenaan masalah period saya. 3 tahun lepas tu baru lah muncul ovarian cyst ni.

Alhamdulillah.. last check up cyst dah tak nampak. Dah gone agaknye.. Doktor ada bekalkan ubat hormon. Tapi cukup sebulan saya dah tak ambil. Sebab decide nak turunkan berat badan. Tapi sampai ke saat ini belum lagi dapat turun. Makin naik ada la. ha hah hah

Ok. Sekarang ni pantang jugak la. Air manis, kuih2 manis. Consume lebih banyak sayur2an dan buah2an. Doakan saya berjaya ye uollss..




Saturday, August 18, 2018

Netizen, makcik bawang & dot dot dot

Netizen

netizen
ˈnɛtɪzn/
noun
informal
  1. a user of the Internet, especially a habitual or keen one.
    "we look at how the new generation of commercial Web browsers can help Netizens surf the world

retrieved from https://www.google.com/search?q=netizen+meaning&rlz=1C1CHBF_enMY788MY788&oq=neti&aqs=chrome.4.69i57j0j35i39j0l3.10654j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8


Low class aunties who know nothing but act like they knew eveything.Not just wasting time by talking about others,they also dont realise that they are worse than everyone else in their gossips. Also ugly inside out huhu
Those makcik bawang are ugly inside out nd everybody knew 
retrieved from https://www.urbandictionary.com/define.php?term=makcik%20bawang

Pening.
Netizen. Kau boleh ignore je diorang ni. Tah sapa2 je boleh datang komen kat wall facebook kau atau blog.
Kalau nak hidup senang dan tenang. Kita ignore kan aje lah diorang ni. 
Kat facebook pun kita boleh pilih dengan siapa nak kawan. Kalau kita tengok dia terlalu taksub sesuatu dan banyak pulak menyebarkan kebencian. So.. jangan fikir panjang ada butang unfriend di situ dan unfriend lah dia.. 

Yang masalahnya bila berdepan dunia realiti di mana makcik bawang ni sesungguhnya wujud di mana2.Tak habis2 pulak dia mencari kesalahan kita. 
Haisshh..
Sabar je lah ..

Thursday, June 28, 2018

Ovarian Cyst

Ni boleh kira late update. Awal tahun ni cuba untuk jadi penulis blog tegar. Tapi apakan daya. Takdir melebihi segalanya.

Dah lama nak pegi hospital buat appointment. Tapi asyik tertangguh sebab kesibukan yang melanda. Nak atau tak memaksa jugak diri ini schedule appointment di Hospital Colombia Asia Bukit Rimau. Setahun sebelum tu ada buat test dan screening juga di hospital yang sama. Masalah kesihatan saya pada masa tu period/datang bulan sampai sebulan tak berhenti. Masa tu di tambah dengan sakit senggugut yang berpanjangan. Macam terkejut gak lah tiba-tiba je jadi macam tu. Sebelum tu period okay je. Lewat sehari dua dan flownya seminggu.

First appointment tu dah buat check up katanya masalah hormon je. Scan pun tak nampak apa2.Sebab masa tu tengah period. So doktor bekalkan dengan pain killer, ubat hormon dan stop bleeding.

Then, setahun juga la saya masalah period tak teratur. Kadang2 okay. Kadang2 tak. Kadang2 ada sampai sebulan. Setahun tu jugak saya cuba mengurangkan berat badan, Cuba untuk menjalani kehidupan lebih sihat. Tapi gagal.. haha.. kaki makan dan kadang2 sibuk tu yang buat gagal berdiet.

7 Februari 2018
Tetapkan lah jugak appointment pada tarikh tu. Itu pun sebab sakit senggugut tu makin teruk. Perut pun dah start sakit masa tu. Padahal dah habis period. Bila scan nampak ada cyct di ovari kanan. Huh.. sedihh.. cyst tu dah berukuran 6cm.
Doktor dah nak proceed dengan operation. Tapi ada masalah medical card tu yang membuatkan saya terpaksa survey hospital kerajaan..

First survey di HTAR Klang, tapi biasalah government punya hospital kan.. kena buat appointment bagai..  kalau takat cyst 6cm diorang memang bagi up to 6 months untuk monitor.
Jadi saya decide pergi ke Hospital Shah Alam untuk cari environment baru. Heh.. Hospital Shah Alam kan hospital baru.

Maka 10 & 11 Februari 2018 saya admit di Hospital Shah Alam. Okay lah kat sini. tak crowded sangat. Cuma kedengaran la suara2 bayi menangis. Ye la sebab masuk pun wad OG. Berkaitan ngan OG le kan. Masa tu sayu hatii.. orang lain masuk ngan perut ada baby. Saya masuk dengan cyst.

Admit 2 hari tu tak buat operation. Even 6cm tapi tak ada yang merbahayakan organ lain. Jadi saya kena standby dengan pain killer dan kalau sakit kena la cepat2 pegi hospital.

6 March 2018
Follow up. Masa ni nak scan tak nampak sebab saya dah kencing sebelum scan. So next time kena ingat. Nak scan kena pastikan tak kencing dulu. So tak de result.

12 March 2018

Masuk semula ward. Sebabnya sakit sangat2. Petang tu saya ada kelas di Puncak Alam. (Ambil part time degree) on the way balik ke Klang singgah terus ke Hospital Shah Alam. Drive sensorang je lak tu.. adeh.. memang penuh kesabaran time ni. Masuk sini stay di ward observation je. Masa tu scan cyst dah 3 cm.

Alhamdulillah.. dah mengecil.

Okay nanti saya buat sambungan kisah ovarian cyst saya ni.

Monday, June 11, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

Menjelang hari raya yang bakal tiba dalam 4 hari  lagi, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin. Andai ada tersalah kata dan perbuatan .


gambar dari google. 

Friday, December 29, 2017

Pusat Sains Negara

Lawatan ke Pusat Sains Negara. Bulan Oktober yang lepas. Hahhaa.. Baru nak upload. Gitu le. Azam tahun 2018 nak jadi blogger tegar semula. Eh. Sambung kisah Pusat Sains Negara. Memandangkan Pusat Sains Negara ni di buka secara percuma. Maka pergi la saya sekeluarga ke situ. Yang kena bayar masuk Bunker je. Bunker ni macam rumah hantu. Tapi dia menjurus kepada fobia sesorang tu. Contohnya; fobia tempat gelap, fobia serangga dan macam2 fobia lagi le..
ok.. gambar ni tak water mark jadi jangan ambik sesuka hati. terima kasih!




Wednesday, August 23, 2017

Doa elakkan sifat malas dan bebanan hutang


Assalamualaikum.

Doa senjata orang mukmin. Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhi sifat malas dan dibebaskan bebanan hutang.


Amin.. 

Monday, February 15, 2016

Untuk ke sekian kalinya..

Salam..
Dah lama tak post entry.. apa khabar kwn2 blog.. harap masih ingat saya..
Tak terasa pantasnya waktu berlalu.. byk perkara yg dah berubah tanpa saya sedar.. Ini kisah berblog.. lama dh tak buat hobby ni.. kalau dulu rajin sungguh update blog.. tp sejak akhir2 ni macam tak ada idea utk diutarakan..
Saya masih mcm ni.. masih lagi ada 3 bertuah.. anak2 syurga saya.. Alhamdulillah... Allah berikan anak2 syurga saya dengan akal fikiran yang cerdas dan fizikal yang cergas... 
Semoga Allah sentiasa kekalkn nikmat ini.
Tanpa sedar, Tuah Amir anak sulung saya dah melangkah ke darjah 3 pada tahun 2016 ini.. Tsara Uzma, puteri penyeri saya sudahpn masuk tahun 1. Manakala... adik nya Tuah Arif dah pun masuk tadika 5 tahun.. Tak sangka begitu cepat masa berlalu...
Masa itu juga lah mematangkn kita...
Jadi, pada hari ini... untuk ke sekian kalinya saya dipanggil sebagai panel penilaian penambahan program untuk pusat bertauliah .. Alhamdulillah... semua berjalan lancar..
Harap semua ilmu dpt dikongsi dan diamalkan bersama...
Ok.. nanti sambung lagi.. Sbb tuan belog ni sebenarnya menggagah diri travel dari klang ke KL dengan menaiki komuter walaupun demam.. menjelang tengahari di pusat bertauliah tersebut hidung saya berdarah.. panas dalam la tu kot... kesian kan... ikutkan hati nak update status "sampai berdarah hidung check dokumen" tp nanti orang kata saya ni attention seeker la pulak kan.. hehehe😂😂
Balik pulak berhujan di parking komuter.... menggigil2 seorg diri dlm kereta...
Di rumah.. Tuah Arif pun demam juga.. maka... episod demam bersambung sampai sekarang ni...
Harap esok akan sihat spt sediakala... sakit2 mcm ni x mampu nk jaga org sakit juga.. maklumla... usia dh bertambah. .

Wassalam

Tuesday, September 30, 2014

Chicken Pox

Bulan 9 2014.. Bulan chicken pox sekeluarga kami..

Mula2 yg kena AHambali n Kakak Uzma..

3 hari sblm birthday Abang dan Hambali.. Maka.. x jadi la nk sambut birthday beramai2..

kuarantin 2 minggu..

cun2 seminggu pastu... Mummy pulak yang kena..

Haishhh.... x cukup umur lg kah mummy.. Cuti2 Malaysia la kt umah..

Seminggu lepas tu jugak..

Abang pula terjangkit..

Eh.. Eh.. Main pas pas baton pulak ye..

Genap 30 September hari ni..

Maka saya nk bagi riddle sket..

Chicken Pox

Chicken Pox

Go Away

Don't ever come again..

Suffer I u know...

*hahaha*

Sunday, March 2, 2014

Thursday, February 27, 2014

100

100 hari tanpa insan tersayang yang bergelar abah..

tiada lagi

senda gurau..

tiada lagi

kata2 pendorong semangat, sokongan..

tiada lagi..


Saya rindukan nya..

Thursday, January 16, 2014

2 bulan

Esok genap 2 bulan pemergian Arwah Abah..


Saya sangat rindukan nya..

*Al- Fatihah untuk abah..
 Semoga tenang dan damai di sana

Rindu lebih dari rindu...



Monday, November 25, 2013

Ketentuan-Nya

Hari ni dah 8 hari selepas pemergian arwah abah.. dan arwah nenek.

Sedih!!

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.


Terus terang, kami sekeluarga masih tidak menyangka.. pemergian arwah abah secara tiba-tiba memang mengundang hati yang sayu..

Tapi.. Itu ketentuan Illahi.. Jodoh pertemuan, ajal maut ketentuan-Nya. Tak dapat disangkal walau sedetik pun.

2 situasi berbeza..Arwah nenek dah lama sakit.. sejak dua tahun lepas. Raya 2 tahun lepas arwah nenek berkerusi roda, raya tahun ini arwah nenek dah terbaring saja.. Sempat juga saya bisik ke telinga nya mintak maaf .. kalau2 ada salah dan silap.

Arwah abah..
Arwah abah sihat-sihat aje.. tak pernah kena tahan wad.. kiranya dia susah nak sakit..

Terngiang2 ditelinga saya.. Adik bongsu saya memberitahu abah sudah tiada..Luluh rasanya hati ini.. Menggigil..

Arwah abah mengikuti program berbasikal pagi Ahad tu.. Dari cerita kawan2 arwah.. Abah rebah selepas turun dari basikal. Program tu pun baru nak bermula.. Bila dah rebah kawan arwah abah memapah abah masuk kereta untuk di hantar ke klinik.

Kebetulan ada ambulan lalu.. terus tahan ambulan, dan bawa abah ke klinik. Tapi..kawan2 abah cerita, dalam ambulan lagi abah dah tiada..

Post mortem menyatakan ada darah beku di jantung.. Maksudnya lebih kurang macam serangan sakit jantung.

Itu ketentuan Nya..

Tabah lah duhai hati. Semoga kedua-dua roh di cucuri rahmat-Nya. Tempatkan mereka dikalangan orang yang beriman.


Monday, July 15, 2013

KETUA JABATAN

Bila dah terima kerja-kerja pemangkuan camni.. mula la start penimm..

harap x sakit jantong..

IJN kan ade..

LOL!!