Friday, May 15, 2009

Dare To Fail

Kegagalan,
Bukanlah beerti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah beerti anda masih BELUM BERJAYA lagi...
Kegagalan,
Bukanlah beerti anda tidak mencapai apa-apa.
Ia sebenarnya beerti anda sudah mempelajari sesuatu
Kegagalan,
Bukanlah beerti anda seorang bodoh kerana mencuba
Ia beererti anda BERANI,anda BERHATI TEGUH,BERSEMANGAT WAJA- berbanggalah dengan diri anda...
Kegagalan,
Bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya
Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit lagi masa
Kegagalan,
Bukanlah bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula
Mencuba sesuatu yang baru
Kegagalan,
Bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna Yang Maha Kuasa mempunyai rancangan yang lebih baik
Jadi benarlah,
Kegagalan itu tidak pernah muktamad

Wednesday, May 6, 2009

Tagged!! First Born

Mami jumpa tag ni.. cam seronok jer nak menjawab soalan nie.. hihihi lagi pon daddy dah borinx ngan entry mummy...

Tag Firstborn

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
- Yes...

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
- Of course la... nak kena tembak aper??

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
- Gembira x terkata

4. WAS ABORTION AN OPTION FOR YOU?
- Never in my life

5. HOW OLD WERE YOU?
- Skang 28 Taon ma...

6. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
- Cek urine test.. after 2 weeks x datang period

7. WHO DID YOU TELL FIRST?
- Daddy la yg punya angkara.. hehehe

8. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
- nak tahu tp sentiasa x dpt tahu..

9. DUE DATE?
- 15/9/2007

10. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
- Almost every day.. tp, I overcome it with eating fruits

11. WHAT DID YOU CRAVE?
- Roti Jala.. mc D ..

12. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
- My chinese boss

13. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD SEX?
- Boy

14. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
- that time x sure jantina aper.. aper2 janji sihat

15. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
- about 10kgs

16. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
- hmmm... belanje everyone KFC je kot.. he he he

17. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
- Suprise gak..

18. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
- High BP.. tu pasal kena induce

19. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
- PPUM

20. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
- office hour 9am to 5pm hehehe buleh dak camtu...

21. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
- Daddy arr

22. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
- mummy ingat semua doktor kat PPUM coz mummy x larat nak meneran.. meneran saje 1 jam ekk

23. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
- almost kena vacuum.. tapi bile tengok vacuum tu punya besar.. mummy push kuat2

24. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
- x langsong.. gas pun mummy x mampu nak sedut .. sakit giler ooo

27. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
- 2.45 kg

28. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
- 6/9/2007

30. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
- Tuah Amir Harith

31. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
- 20 months

jadi.. ngan bangganyer mummy tag..
1) Puan Nida
2) Puan Wanie.. biler dah kuar baby nanti
3) Puan-puan yg membace blog ini..

Monday, May 4, 2009

Sini.. Terkini

Abg Amir sekarang sgt teruja ngan dia niee...




Biler mummy tanya camaner ultraman fire?? dia ngan eksennya menggayakan aksi tersebut.. Terlalu banyak tgk TV ke?? Ada org kata anak dia susah sgt nak tgk TV. susah fokus sesuatu perkara. Well, ada gak kata tgk TV terlalu byk pun leh menyumbang kepada anak yg hyperaktif. Setakat ni aper yg mummy tgk Abg Amir 50-50.. kenkadang terlalu fokus kepada benda2 yg dia minat.. tapi kalo x minat jangan harappp....

Cuma Abg Amir suka sangat merengek skang ni.. kurang perhatian dari mummy ke?? Cian kan dia.Mummy pun kena take care Baby Tsara. She is entering 3 months. Dah mula mengiring2. Harap2 cepat meniarap. Hmmm.. Daddy pulak keep on citer pasal the 3rd one.. Smlm mummy hangin dah.. Sorry daddy .. in my mind I've to think a lot of things, Especially about my job. Harap sangat dpt keje yg tetap. Pastu fokus tentang rumah.. Then boleh la fikir tentang having another kid. Tapi biler memikirkan tentang kepayahan & kesakitan masa mengandung & bersalin... make me think twice.... Cukuplah buat masa nie...

Friday, April 24, 2009

Emosi kah aku?

Lately ramai parents datang nak beli borang kemasukan pelajar ke kolej ni. Aku mcm biasalah.. jual borang & promote la kolej ni. Ada satu hari seorang ayah datang, nak beli borang. Dia kata nak anak dia belajar tinggi. Siap bagi result slip anaknya pada aku. Selain itu jugak dia mintak aku tolong isikan borang anak dia. Aku x mau la nak isi, x kan benda yg senang pun x bleh buat . itu bisikan hati aku. Tapi bila aku tgk result SPM anak dia.. memang wajib aku tolong.. kebanyakan nye 8E. Aku ni pulak dok pikir, apelah yg budak nie belajar kat sekolah??

Tapi, bile ayah budak tu cakap mcm ni "tolong lah cik, harap2 dia boleh belajar kat sini" hati aku jadi sebak sgt...dan aku cuma jawab 'insya-allah encik" yesss.. it's remind me to abah. Dia harap sgt anak2 dia belajar tinggi. tapi, aku sebagai anak.. selalu sgt cepat lupa diri. Paling aku terasa sgt2 ialah pensyarah kat sini semuanya sebaya aku jer. kan bagus kalau aku dapat undur balik masa.. aku belajar betol2 n sambung degree cepat2..

Tapi iye x yer.. aku x mau sambung degree pun sebab aku cian gak tgk abah. adik2 aku pun nak belajar jugak, aku sambil keje pun bleh sambung belajar.. cuma bile kah masa nye itu?? anak ku sudah 2 .. agaknye umoq aku 40 thn baru ada degree. (so incik Hisham harap2 anak kiter dua je lah.. kalo x agak nye 50 thn pon blom tentu mummy ada degree)Kesian jugak tgk anak2 di tinggalkan selalu. Anyway aku berusaha.. semoga apa yg aku harapkn tercapai nanti.

Thursday, April 16, 2009

My Dear son & daughter

Ahad lepas mak ngah Ana selamat melahirkan baby girl. Meaning that both of you ada new cousin. Sara Anisa namanya.. Namanya hampir serupa ngan my little Tsara. Semua adik beradik mummy including mummy x tengok lagi baby Sara.

Amir sayang mummy... Ahad lepas gak mengubah segalanya dlm hidup mummy ini sayang...Senang cakap mummy memang susah nak memberi kemaafan kali ini. Dah berkali2 hati ni terluka & sblm ni dah cuba buat x tahu tentang masalah yg melanda.

Tsara sayang mummy.. mummy sedar diri mummy ini tiada apa yg boleh dibanggakan sgt.. Sudahlah tiada harta, kita menumpang pulak.. sebab itulah org senang mengata kita.. Segala yg x baik semua org nampak duhai sayangku Tsara.. walaupun kita dah buat yg terbaik pd org.

Anak2 mummy, mummy harap jadilah org yg berguna di masa depan,harap2 boleh berdikari. Jangan bergantung dgn org lain. Dan kita selalu doa sblm kita tido setiap malam. Mummy berdoa semoga anak2 mummy jadi anak yg pandai, anak yg baik, anak yg beriman & soleh. Semoga Allah sentiasa melindungi anak2 mummy dr segala bahaya dan juga fitnah. Semoga anak2 mummy berjaya didunia & akhirat.

Anak2 mummy, doakan pula mummy ye.. semoga Allah sentiasa beri kekuatan hati pd mummy. Dan paling penting mendapat kebahagiaan yg selalu mummy idam2kn selama ini.
Apa yg mummy idam2kn ialah kita sekeluarga hidup bersama x kira walau dlm keadaan apa pun, x kira susah atau senang..

Daddy.. pls help mummy to go through all this .. pls help.. pls.. plss..

Tuesday, April 7, 2009

About my 18 months toddler

Hmmm... dua minggu ni mengalami experience yg agak meletihkan apabila Abg Amir mengalami masalah tidur malam. Mcm2 andaian yg di fikirkan termasuklah mungkin dia nakkan perhatian dari semua org terhadap dirinya.
Bile mummy dok fikir2 mungkin sebab nak tumbuh gigi kot. Mummy pun ada gak surf2 intenet nak tau punca masalah ini.
Masalah tumbuh gigi pun memang punca utama dia berkelakuan sedemikian, menyebabkan dia rasa x selesa, kemungkinan akan demam, mendapat ruam lampin serta masalalah telinga.
Yang paling merisaukan ialah Abg amir suka sgt buat head banging, lepas tu tergolek2 dok. Geram sgt biler dia mengada2 sgt mcm tu... but at the same time sgt2 kesian ngan dia.

Thursday, April 2, 2009

Happy!! Working..

Smlm mummy dah start keje kat Kolej Komuniti Cawangan Klang as pekerja khidmat singkat. Happy lah coz dah lama sgt terperuk kat umah... Agaknye x de bakat jadi surirumah sepenuh masa. Hmm... Tp kat sini sementara je.. gaji pon suku dr gaji mummy dulu.. balik pon awal coz masa keje 5 jam jer. Kol 3 cabut balik.. Ok lah kot nak membiasakan Abg Amir n Tsara ditglkn oleh mumm pg keje.. Harap2 dr sini leh dpt keje yg lebih baik .