Tuesday, June 18, 2024

2024

 Hai 2024.


Betul lah masa tu cepat berlalu.. Tau2 dah 2024.

Last blog entry  Ramadan tahun lepas. But in between a lot things happen in my Life.

April 2023 - Raya

May 2023 - Konvo Degree - on May jugak saya decide untuk resign from my previous company. Masa tu nekad. Tak fikir apa2 pun. Fikir lepas berhenti kerja duduk rumah je dan bertenang2. Why resigning? a lot of thing mengganggu saya melaksanakan kerja dengan aman & tenang. So I resign. 

Dalam proses resign, takdirNya ada company melamar saya.

Jun 2023 - Kerja di syarikat baru

Julai 

Ogos

Sept

Oct 

Nov 

Dec

Dgn company baru banyak pergi kursus. Jadi panel WIM & lastly late 2023 join kursus Fasilitator WIM & dah berjaya jadi FB - Fasilitator Bertauliah untuk WIM.

Yes .. toxic company memang wujud. Jadi utk mengelakkan toxic melampau, baik angkat kaki.

dan saya amat2 bersyukur dapat join company yang sangat support staff dari segi personal growth and development.

............

Anak sulung saya pun dah bertukar sekolah dari SBP ke KV.

Anak bongsu pulak, berjaya mengekalkan kedudukan beliau berkepit dengan mummy. Form 1 2024.

Wednesday, March 22, 2023

Tau-tau dah March 2023!

 Ramadan Kareem...

May Ramadan bring us ever closer to Jannah.

Wishing you good health and a warm spirit this Ramadan.



Ramadan tiba. Ramadan tiba. Ramadan tiba.
Tiba-tiba Ramadan..๐Ÿ˜…


Tuesday, November 22, 2022

Sehati - Perkeso

Memandangkan usia dah mencecah 4 siri. Sudah tentu le perkara utama yang menjadi perhatian saya adalah kesihatan. Dah lama cari-cari tempat nak buat medical check-up. Dek kerana pandemik, banyak kekangan dari segi masa dan kewangan. 

Rupanya ada kemudahan yang  percuma bagi rakyat Malaysia membuat saringan kesihatan terutamanya golongan pekerja. Mula-mula nak Sign-Up untuk saringan kesihatan PEKA B40. Tapi, ternampak pulak promosi HSP- SEHATI.

Sejajar dengan usaha memperkasakan promosi kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, PERKESO telah melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP), bermula 1 Jun 2022.

Pelaksanaan semula HSP turut menawarkan penggunaan aplikasi SEHATi bagi memberikan pengalaman baharu yang lebih menarik kepada pekerja terutamanya dalam pengurusan saringan kesihatan.

Aplikasi mudah alih SEHATi menawarkan pengurusan saringan kesihatan di bawah HSP yang mudah dan fleksibel.

  • Semak kelayakan HSP
  • Menetapkan janji temu bagi saringan kesihatan dengan klinik panel
  • Jalani saringan kesihatan secara percuma
  • Mengakses keputusan ujian saringan

Aplikasi ini turut dilengkapi dengan modul Health Diary yang membolehkan pekerja merekod data kesihatan masing-masing bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri

Siapa yang layak di bawah HSP?

  • Warganegara Malaysia
  • Aktif mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Terbuka juga kepada pencarum berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko kesihatan NCD

Bagi pekerja yang ingin menyemak kelayakan dan membuat saringan kesihatan di bawah HSP, pekerja perlu memuat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sehati.perkeso.gov.my


Memang mudah rupanya guna aplikasi Sehati ni. Cuma daftar dan tunggu sama ada kita layak untuk mendapat kemudahan ni. Kemudian, jawab beberapa soalan mengenai lifestyle kita dan sejarah kesihatan terutamanya sejarah kesihatan ibu bapa dan juga diri sendiri. Untuk kesihatan mental pun kena jawab jugak lah ye..


Kemudian, dalam apps tu korang boleh pilih tempat untuk membuat medical check-up. Apps ni dah lengkap dengan maps di mana korang boleh pilih klinik yang berdekatan dengan rumah korang..


Korang bolehlah booking appointment melalui apps ni. kemudian jangan lupa hubungi klinik tu ye. 
Lepas tu jangan lupa.. puasa 12 jam sebelum ambil darah. Cuma boleh minum air kosong je ye!

Saya start puasa jam 9mlm sebab dah booking appointment pukul 9 pagi dan mula la episod mengambil darah..

Hmm.. masalah utama saya adalah urat darah tu halus-halus susah nak cari.. Udah le takut. Hahaha.. Mujur doktor tu agak menenangkan jugak. Selain ambil darah, sample air kencing pon kita kena bagi ye.. 

Ok dah siap semua kita tunggu lah result tu keluar. Biasanya amik masa 1-2 hari bekerja. Sebab sample tu kena serah kan ke makmal okeh. Tapi, saya rasa result tu agak cepat jugak sebab saya pilih buat pada 18/11/2022 hari cuti umum sebelum PRU15. Tau-tau hari Isnin dah dapat result.

Untuk result, perlu jumpa doktor sekali lagi untuk doktor terangkan keputusan-keputusan blood test. Huiii .. sama debarnya macam nak tunggu PM-10


ok ni result untuk cholesterol. hahaha.. semua okay.


Blood test ngan kidney semua okay. tak de masalah. harap berterusan le. Cuma tu le kann.. bile berat ni turun. statik je macam tu.. Korang doakan pulak akak berjaya kurangkan berat 10kg dalam 2-3 bln ni okay.

#sehati
#perkeso
#medicalcheckup
 

Rasa macam fast forward.

 Cherish every moment.


Bak kata orang jawa ๐Ÿ˜‰. Terlalu cepat masa berlalu... Tahu-tahu dah PRU 15. (But the time I wrote today 22/11/2022 9.30am Malaysia belum ada Perdana Menteri yang baru). Almost 3 tahun kita berdepan dengan Covid-19. Dah muncul macam-macam varian baru. Vaksin pon dah sampai booster ke -2.


Just nak share masa PKP banyak perkara yang menyedihkan berlaku. Stress.. takde kerja, kerja pon kena tipu(majikan tak bayar gaji). But, Alhamdulillah 2022 actually give a good start for me dan saya berharap perkara-perkara sedih tak akan berlaku lagi.


Terlalu banyak nak tulis. tp tulah tak tahu nak start dari mana๐Ÿ˜„. Oklah kita start dulu perihal anak-anak.


2020- Anak sulung - Tuah Amir berjaya menempatkan diri ke SBP- Sek Men. Sains. (sekarang dah tingkatan 3)

2022- Anak ke- 2- Tsara juga berjaya menempatkan diri ke SBP- Satu sekolah dengan abangnya.

Yang no 3 - Tuah Arif- masih sekolah rendah darjah 5. tak tahu le ni.. ini hasil budak tak de exam darjah 1-3. Darjah 3-4 semua belajar online kerana pandemik Covid-19. Ini agak merunsingkan dan saya harap kerajaan baru ubahlah sistem pendidikan untuk anak-anak kita. 


Ok. Nanti sambung ye.. debor ni nak tunggu PM-10 kita.๐Ÿ˜‰


Friday, October 16, 2020

My First post for 2020

Cepat masa berlalu.. Tanpa sedari dah masuk Oktober 2020.
Banyak juga perkara berlaku di tahun 2020.
Perkara terbesar.. Wabak Covid 19 yang memaksa penduduk dunia dan Malaysia bertukar norma baru.

Alhamdulillahh... Malaysia negara hebat. Walaupun dah masuk gelombang ke 3 penularan wabak, tapi rakyat masih patuh.
PKP
PKPB
PKPP

Now.. PKPB 2.0 for Lembah Klang..

Insya Allah.. The curve will be flatten.. Kita teguh & mesti menang.

Tuesday, September 4, 2018

Ovarian Cyst Part 2

Salam..
Lama gak sambungan ke dua ni. Drama sinetron hari-hari sambungannya kann.



Ok.. lepas scan cyst dah mengecil ke 3 cm. Tapi still sakit-sakit. Kenkadang rasa macam senggugut. Kenkadang perut macam cramp.
Tu yang buat stress. Stress sebab sakit tu tak boleh buat apa-apa melainkan bersabar. Minta dibedah pun tak boleh sebab cyst tu kecil. Maka hidup la saya bergantung pada pain killer. Sakit je amik pain killer.


Lama-lama bosan gak dengan ubat yang sebeban tu. Berhenti makan ubat dan jadi le manusia yang sehabis positif.
Ramai kawan-kawan suh berpantang. Macam-macam nasihat.
Tapi saya percaya key point masalah saya ni berpunca dari kenaikan berat badan dan sebelum ni memang pernah consume jamu.

Mungkin jugak asalnya jamu tu yang buat hormon saya tak seimbang dan akhirnya menjadi punca kepada ovarian cyst.

Memang saya dah lama stop makan jamu since 2015. Tu pun sebab bila start period saya dah jadi tak teratur. Sedangkan jamu tu claim boleh aturkan period la.. apa la .

Sejak 2015 la saya mula jumpa doktor berkenaan masalah period saya. 3 tahun lepas tu baru lah muncul ovarian cyst ni.

Alhamdulillah.. last check up cyst dah tak nampak. Dah gone agaknye.. Doktor ada bekalkan ubat hormon. Tapi cukup sebulan saya dah tak ambil. Sebab decide nak turunkan berat badan. Tapi sampai ke saat ini belum lagi dapat turun. Makin naik ada la. ha hah hah

Ok. Sekarang ni pantang jugak la. Air manis, kuih2 manis. Consume lebih banyak sayur2an dan buah2an. Doakan saya berjaya ye uollss..




Saturday, August 18, 2018

Netizen, makcik bawang & dot dot dot

Netizen

netizen
หˆnษ›tษชzn/
noun
informal
  1. a user of the Internet, especially a habitual or keen one.
    "we look at how the new generation of commercial Web browsers can help Netizens surf the world

retrieved from https://www.google.com/search?q=netizen+meaning&rlz=1C1CHBF_enMY788MY788&oq=neti&aqs=chrome.4.69i57j0j35i39j0l3.10654j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8


Low class aunties who know nothing but act like they knew eveything.Not just wasting time by talking about others,they also dont realise that they are worse than everyone else in their gossips. Also ugly inside out huhu
Those makcik bawang are ugly inside out nd everybody knew 
retrieved from https://www.urbandictionary.com/define.php?term=makcik%20bawang

Pening.
Netizen. Kau boleh ignore je diorang ni. Tah sapa2 je boleh datang komen kat wall facebook kau atau blog.
Kalau nak hidup senang dan tenang. Kita ignore kan aje lah diorang ni. 
Kat facebook pun kita boleh pilih dengan siapa nak kawan. Kalau kita tengok dia terlalu taksub sesuatu dan banyak pulak menyebarkan kebencian. So.. jangan fikir panjang ada butang unfriend di situ dan unfriend lah dia.. 

Yang masalahnya bila berdepan dunia realiti di mana makcik bawang ni sesungguhnya wujud di mana2.Tak habis2 pulak dia mencari kesalahan kita. 
Haisshh..
Sabar je lah ..