Thursday, May 20, 2010

Tudung Sanggul Tinggi

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Haram tau korang... Sama je cam x tutup aurat. Dosa.. nak cerita lanjut leh tgk kt belog LYAFRINA..
Pada saya la kan.. x de la cantik sgt wat camni.. kekadang ada tu yg terlebih tinggi sampai nampak dada. Bukan ke kalo tutup aurat yg sempurna tudung tu kena labuhkn sampai bawah dada. Means.. Breast tu x nampak..

Saya pun kurang sempurna. Harap2 berubah cepat2.. Ya.. Allah, kukuhkan iman saya..

6 comments:

nieda said...

sama2 lah kita ingat mengingat antara satu sama lain

Unknown said...

salam..baguih la info ni

ni kali kedua baca..sebelum ni dalam blog kawan ina pun post yg sama..

ina nak post entry ni dalam blog tudung ina na..

LYaFRINA said...

betul tu.. mmg dh mcm bonggol unta ni.
mmg dh jelaskn tanda2 akhir zaman..

Tudung Colorful said...

Salam, betul tu..saya pun tgk ramai dah yang gaya fashion cmnei..
Jom kita sebarkan maklumat ini kepada rakan2..

http://tudung-colorful.blogspot.com/

rynas said...

ehhmm..kalau gitu jgn ler buat dah...buat sanggul biasa jer

Achiq said...

btl tue..zmn skrg tgk makin rmai wanita yang bertudung tp singkatnya tudung hga npk bentuk breast...