Tuesday, November 30, 2010

Cuti-cuti Terengganu~~

Salam korang.. Hujung minggu lepas kami pergi Kuala Terengganu.. Jalan² kat sana.. Kami memulakan perjalanan petang Jumaat yg lepas.. Wee... KL ujan, on the way tu pulak mendung je.. Sekarang nak pergi Terengganu senang je kan. Ikut LPT tu.. selesa lah. Tapi, memang boring sikit lah..

okeh.. first stop kat sini.. Masjid Geliga Kemaman. (Jgn tengok² sgt saya ni tgh sakit perut.. hehehe!)
Sampai Kuala Terengganu dlm pukul 11 camtu.. dah letih..
Rehat jap .. pastu tido..
Kami tinggal kat homestay di Kampung Losong.
Memang best!

Agenda ke Terengganu ni actually nye nak memeriah kan majlis perkahwinan adik ipar sepupu hubby. Yang lelaki tu.. Sweet pasangan pengantin ni..

Hari Sabtu, masa majlis tu hujan turun mencurah².. Adoii.. ni tak best kala pergi pantai timur hujung² tahun ni.. mesti hujan. Majlis ni berlangsung kat kat Kampung Atas Tol..

heh .. tumpang pelamin ye cik pengantin....

Lepas majlis tu jalan² kat Pasar Payang.. kat sini memang macam² ada. Tapi, Pasar Payang ni tutup pukul 5. Tu pasal sekejap je kat sini..
Plan nak pergi Taman Tamadun Islam. Tapi, sebabkan hujan.. langsung tak pergi mana². Balik terus homestay.. Releks² je..

Sebelum tu singgah beli keropok lekor buat makan petang..

Balik homestay siap² nak pegi makan..

Tapi tak jadi lah pulak.. Masing² dah penat.. Makan kat umah je. Tu pasal bertukar baju tido.. peace 1 malaysia!

Ahad pagi..
bergerak balik se awal jam 8.30pg. ni homestay yg kami tinggal.

Sebelum balik singgah ke Masjid Kristal ni. Taman Tamadun Islam tak jadi pergi sebab tak larat nak jalan nanti. Yelah.. lagi pun dah nak balik KL. kena simpan tenaga.


Us..

tengok dinasor?

Masjid Kristal.

On the way balik.. singgah lagi kat Masji Geliga Kemaman.. Kat belakang masjid tu pulak ada gerai jual sata & otak²..
Ape² pon memang best..
Isi ikan memang manis².. maklom la tepi laut lah katakan..

Abang Amir sabar menanti daddy bukak otak². Otak² memang favourite dia..

ok lah.. tu je catatan perjalanan kami ke Terengganu weekend lepas. Malas nak uplod gambar banyak² . penat tol menunggu. Dari semalam upload gambar, baru hari ni lepas.

Apa² pun bercuti kt Terengganu memang best. Boleh kata Terengganu ni syurga makanan.

Tapi.. sedih sangat apabila anak patung penyu adik kena CURI kat Bangsar. Sebab balik tu kami singgah makan kat Bangsar. Adik bawak turun patung penyu tu.. Pas habis makan.. Saya dukung adik bwk jalan² kat luar kedai makan. Masa turun tangga kedai tu saya memang perasan dia pegang patung tu. Siap pesan pegang elok².
Sudahnya.. saya jalan tak sampai 10 meter masuk kedai balik, tengok² patung tu dah hilang. Jatuh kot.. Saya pusing balik tempat jalan tadi.. langsung tak ada patung tu.. Uwaaaaaa... Jauh tu nak pergi Terengganu nak belikan lagi woooo....
Saya perasan ada couple selisih ngan saya masa saya jalan kat situ.

Adoii...... benda tu pun nak curi.
Dasar tangan panjang.
Geram!

Thursday, November 25, 2010

Ayah di balai polis~!

"Tolong top up mexis 30rm kat no baru ayah 0128XXXXX. Ayah ada masalah. Ada di balai polis. Jangan call. Nanti ayah caal'

Ni sms yg saya terima lewat petang khamis minggu lepas. Pening jap saya. Bila masa saya ada Ayah?.. Hahaha.. Saya ada abah je.. Saya abaikan je sms tu.. Ye lah .. abah saya mana pandai sms ni.. nak apa² dia terus call jek kalau ada ape².

Entah mcm mana semalam pun hubby dapat msg yg sama camtu. Ayat lebih kurang, mintak top up... hubby kata dia nak tepon org tu tapi dia lupa.. cehs..

Adoii.. saya rasa tak lain ni mesti nak menipu. Sebab no yg send msg tu no yg sangat pelik. pastu mintak top up kat no maxis yg start dari 0128XXXXX.

Korang ada ke kena camni?

Friday, November 19, 2010

Mastitis & Blocked Ducts

Bila Mek Rose bagi komen carik lah info pasal Blocked Duct dalam entry Bengkak Susu saya, maka apalagas.. Encik google pun gigih lah bekerja petang nih.. hik³..

Dok cari² tu teringat jugak doktor tu ada sebut problem saya ni Mastitis.

apa² pon info berkenaan 2 perkara di atas boleh diperolehi dari
:-

mastitis


atau

blocked duct



adoiii... mkn antibiotik tu tekak den raso len macam yo.. pastu asek sendawa jek.. sendawa rasa ubek jo.. adeh².. sepapan pon tak habis lagi.. doktor bagi dua papan.. tolong².. tak sanggup nak habih kan ni ha..

uwaaa.......!!

Bengkak Susu..

Saya punya susu (BF) ni sebenarnye dah mcm hujung² dunia jek. Ada tu ada la & adik memang kurang menyusu. So.. tak dek lah meriah sakan susu nih. Adik BF memalam jek. Selain tu FM lah.. Itu pon kalau dia kenyang tak dek la dia mencari susu. Memang saya pun tak de niat nak stopkan BF dia. Yelah.. itu antara bonding moments ibu & anak. Jadi kalau boleh, umur dia 2 tahun nanti baru stop BF.

Sebenar nye hari Selasa lepas saya mengalami bengkak susu. Tak tahu lah naper. Malam sebelum nya memang rasa sakit. Then, cuba keluarkan sikit susu tu. Keluar sikit je lah..
Pagi tu bangun rasa sakit sangat. Tak tahan rasa nya. Kemudian saya cuba pam. Tapi tak keluar langsung.. Aduss.. Lepas je mandi terus badan mengigil². Mcm nak demam. Pagi tu jugak ada plan nak pegi interview kat Bandar Sunway. Terus tak jadi pergi. Sebab dah siap muntah² apa bagai. Peh.. dah le perut kosong. Muntah lagi..

Sudah nye stay kat umah je. Demam makin menjadi2. Dlm masa yg sama try jugak keluarkn susu . Tp, still tak kuar jugak. Dah siap tuam ngan towel panas lagikk.. masih lagi flow nya tak lancar. FYI. Bengkak susu ni belah kiri je. Sebab adik biasa BF belah kanan jek. So, belah kiri ni mmg dah lama tak bagi dia BF.

Petang sikit baru kebah demam nye. Tp, susunye tak kuar jugak. So, petang terus gerak pegi klinik. lagipun nak balik umah MIL. Pegi klinik doktor tu bagi ubat tahan sakit, ubat kurang kan bengkak & jugak antibiotik supaya susu boleh keluar.

Maka hari raya haji tahun ni di sambut ngan ubat²an ye kawan².. Rasa dah okey sikit. susu yg keluar macam pekat sikit. Tuam² ngan towel panas apa bagai.. Then, ok lah..


Adik & Kucing~~

Salam.. Ni gambar Ahad lepas.. Hahaha! Gila lama terpendam .. hari Jumaat baru terhegeh² nak buat entry. Maaf lah korang.. Sibuk pulak.. Tambah beraya lagi. tapi.. lupa pulak nak bawak kamera hari ni. Tak dapat lah nak uplod gambar raya hari tu..

Layan jek la gambar nihh.......

wow....! gila ramai kucing kat sini..

iskk......... yang ni membutooo yo kojo eh..

blackie....

Gemokkk......!

yg ni species siam .. Jenis ni suka makan tom yam .. hahaha!

Bulu saja lebat.. tp pemalas basuh muka..!

ko rileks je kan..?

muka ganas.. tp, entah pandai tangkap tikus ke tak.. :p

species x dek bulu..

geli akak!!

mesti kau dah bosan kan?

muka suci & baik gila..

tapi... suka mengigit..
jaga kau.. jumpa tgh jalan nnt aku lenyek ekor kau!!

dah la .... penat tengok kucing nih..

main pulak..


Thursday, November 11, 2010

Ai Tak Tengok Citer Melayu tau!


Ada la 2 ekor minah melayu... Berborak².. Borak kan nya lebih kurang begini ya ...

Minah A : Semua cerita org puteh kita tengok. Citer omputeh memang best kan?

Minah B : Aah.. Best.. aku paling suka citer Alice in the Wonderlang.. (Opps Wonderlands.).. dari kecik² lagi aku suka tengok.

Minah A : betol².. memang best!

Minah B : eh.. citer yg Elijah Woods berlakon tu apa tajuk nye?

Minah A : erk.. entah lah.. tak tahu..!

Minah B : alah.. citer yg macam Harry Potter tu..

Minah A : hmm.. entah le..


Pulak!

Makcik yg kat sebelah ni kalau boleh pengsan, pengsan time tu jugak.!!

**species.. x mo kalah.. cakap berdedai².. mcm hebat sgt. tapi, Yilek!**


Wednesday, November 10, 2010

Cemburu Kehadiran Adik

PERNAHKAH anda perhatikan sifat anak pertama yang berubah selepas kelahiran anak kedua?

Kebiasaannya sifat anak pertama itu akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Kadangkala perkara yang sedikit saja menyebabkan dia menangis.

Ada yang memberi istilah sebagai ‘chengeng’ atau ‘ciwek’ yang menunjukkan sifat kanak-kanak itu. Ada pula yang langsung tidak boleh melihat wajah adik mereka, si abang atau kakak akan memukul, sentiasa mencari peluang untuk membuatkan si adik menangis atau dimarahi ibu.

Justeru, bagaimana mendidik anak sulung untuk menerima kehadiran orang baru iaitu adik dalam hidupnya?

Biasanya selepas kelahiran anak kedua, perasaan cemburu si abang atau kakak terhadap adik mereka semakin ketara. Si abang seolah-oleh bimbang akan kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa terutama ibunya.

Tambahan pula apabila melihat ibunya memangku adiknya ketika menyusu, menukar lampin adik dan sentiasa menjaga adik dengan penuh kasih sayang. Dia berasa seolah-olah dirinya sudah tidak lagi disayangi ibunya.

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa:

  • Menukar sifat cemburu kepada sayang

    Biasanya anak sulung akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab atau mencubit apabila ibu ‘lepa’ daripada pandangan ibu atau bapa.

    Anda boleh mencuba kaedah ini iaitu dengan memegang tangan anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan lembut bahagian kaki dan tangan sekerap mungkin.

    Cerita pada si abang bagaimana suatu ketika dulu, si abang pun diperlakukan perbuatan yang sama. Sambil menyusukan si kecil, ibu perlu memperbanyakkan mengusap kepala

    dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi.

  • Panggilan membentuk sifat

    Ajar si abang supaya memanggil adiknya dengan panggilan ‘adik’ atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama saja.

    Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang terhadap adiknya.

  • Pimpin tangan adik

    Ketika anak sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan dekatkan kepada tangan adik ketika berjalan.

    Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang pada adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal daripada kebiasaan.

    Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.

  • Perkongsian

    Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya, jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua iaitu seorang satu. Jika beli air kotak, juga dibelikan dua kotak.

    Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi. Kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan adik.

  • Bersikap adil

    Jangan pukul abang jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik.
    Peluk sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlu mengalah.

    Anak sulung juga perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik. Adakah ini wajar?

    Keadaan begini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya ia akan menjejaskan misi ibu bapa untuk menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.

    Anda boleh juga melayari laman sesawang http://www.blog.rahsiaanakpintar.com untuk mendapatkan panduan mengenai penjagaan anak.


  • Sumber seperti biasa bukan dari BERNAMA, tapi dari Hmetro
  • Tuesday, November 9, 2010

    Mintak maaf lah ye...

    Mintak maaf lah ye.. Sejak dua tiga menjak ni saya jengok² belog kawan² tapi tak de bagi komen apa². Tenet ni kenkadang slow je. Malas nak layan tenet beroks ni.

    Apa² pun.. terima kasih jugak kat kawan² yg jengok belog saya nih.. kenkadang bersawang. Kadang² bersih. tapi.. sejak 2-3 menjak ni saya sibuk sikit. Maklom lah bulan depan dah bulan 12. Akhir tahun dah.. huhuhu.. Akhir² tahun ni banyak pulak keje. Lagi² kena sambung kontrak nih.

    Lepas raya haji nih ada interview semula di KPKK sebab sambung kontrak lagi. Adoii.. malas nya nak pergi interview. Boleh tak? Pening nak jawab soalan. Sambung je kontrak tu sudah.. atau kalau baikk hati bagi jawatan tetap kan bagussssss.. Malas dah makcik ni nak pening² carik keje lain oii..

    Ayoyoyo... entah² hari ni kena balik lambat.

    Monday, November 8, 2010

    Grrrr........!!

    Sebenarnye saya geram sangat nih... rasa cam nak pukul² je mamat tuh.. Kalau dah pukul, pijak pulak bagusssss nye..

    Tapi.... cabaran tu.. dia buat saya berkobar² lagi..

    Berkobar² aper?

    Menurunkan berat badan.. *hikss*

    Mamat tu adalah orang yg menginterview saya hari tu. Dia kata apa kata saya cuba tahun depan je. Boleh saya turun kan berat badan.

    Makcik terbakarrrrrrrrr di situ. Pandang dia kecik besar.. kecik besar..

    sebab kan saya dah pandang dia camtu.. dia tengok balik slip Ujian kecergasan saya tu. Dia kata BMI saya ok. cett..

    Tapi betol la.. rasa diri ni dah makin mengembang . Paling drastik lepas raya hari tu. Makan x ingatt dunia.. lagi satu org mesti ingat saya ni gemuk sebab pipi ku yang tembam itu.. Hik hik hik.. ini pipi memang tak boleh turun punye.. Semula jadi okeh. Dari kecik sampai la ni dia tembam ok.. lagi pon ini trademark juga ape.. Orang lain susah payah injek botok kasik naik pipi.. hihihi

    Tak pe².. saya sebenarnya dah mula kan langkah berdiet + senaman. Nak jaga jantung jugak le kata kan.. Lagi pun sebelum kahwin saya selalu erobik. Sebab tu maintain je berat badan ni. Cuma lepas masuk hospital sebab kena buang appendik tu teruss jadik malas.. Hahaha.. alasan malas nak buat keje berat². Sudah nye jeans size 28 itu boleh ku pandangg saje.. tak boleh di pakai.. huuhuhhuu..



    Thursday, November 4, 2010

    Interview yg paling lama dalam sejarah hidup saya.. :)

    Salam... Yup.. baru hari ni dapat bersiaran atas sebab² yang tidak dapat di elakkan.. Antara sebab utama ........... ni ha dia...



    Hari Selasa saya pergi temuduga sebagai Pembantu Masyarakat TABIKA.. heh.. nak jadi cikgu pulak dah ye? Miahaha... cuba nasib lah orang kata. Kita kena berusaha. Kalau duduk saja pun tak dapat apa² kan. Usaha tu penting ya kawan².

    KEMAS Selangor ni kat PKNS Shah Alam.. Sambil tu boleh menyelam cuci² mata kat PKNS ye.. hehehe.. Pukul 8.00pagi dah tercangok kat sini.
    Actually.. citer nya panjang sebelum interview nih..
    Sebab, hari Jumaat lepas baru saya dapat surat panggilan temuduga nih. Malam tu baru tahu ada interview. Iskk.. dalam hati mana sempat nak cari maklumat cam ni.. Sabtu & Ahad dah sibuk. tinggal Isnin je. Isnin lak nak kena buat report sebab Isnin tu 1haribulan. Tawakkal je lah.. baca² je mana yang sempat.
    Pastu Isnin pagi tu hubby bagi tau yg interview tu ada ujian kecergasan (UKJK) .. iskk.. terkejut saya. Apsal lak kan? Siap hangin gak.. ingat ni interview PTD ka?? Saya memang tak baca habis surat panggilan temuduga tu. Sebab nya arahan ujian tu kat belakang. Saya baca depan je. Hik².. Ampunn hubby!!
    Sudah nya.. malam tu baru nak cari kasut & baju apa bagai. Memang haru betol lah..

    Ramai betol yang datang interview nih.. ada 200 org.. Adooyai.. ramaiii...

    Lepas ujian kecergasan.. kita makan pulak!

    Lepas makan ape semua menunggu lah pulak kena panggil interview. Korang nak tahu pukul bape saya masuk bilik ni?
    5.30 petang ok!!


    Ni ha antara umat Muhammad yang menunggu penuh kesabaran dalam usaha mendapat kan pekerjaan. Baguss.. Macam ni yang kita nak ye. Banyak² bersabar.
    Apa² pun usaha ya!