Wednesday, November 23, 2011

Kadang-kadang.....

Anak oh anak...

Hubby & Saya mengambil masa 2 minggu untuk membenarkan Abang pergi ikut rombongan sekolah nye. Risau sangat takut dia buat perangai dia.. atau tak mahu dengar arahan cikgu nya.. Risau jugak kalau2 dia tak gembira pergi rombongan tu..

Seminggu sebelum tu jugak dia jatuh dari papan gelongsor.. akibatnya?.. tangannya bengkak.. seminggu tak sekolah..
Hari sebelum rombongan baru lah pergi sekolah. Sebab kan kawan2 sibuk cerita pasal rombongan, dia pun nak ikut jugak..

Yelah... kami bagi bagi jelah.. nak bagi pengalaman naik bas ramai2.. pergi ngan kawan2.. mana tahu nanti kalau tukar sekolah lain, tak de rombongan pulak.. cian Abang..


Dalam bas.. lepas pergi Hari Kanak-kanak kat TV3

Happy betol!


Dengan kawan2..
tak de risau aper pun muka dia..


Seronok kan?

**gambar dari FB cikgu Muslina**

No comments: