Monday, November 25, 2013

Ketentuan-Nya

Hari ni dah 8 hari selepas pemergian arwah abah.. dan arwah nenek.

Sedih!!

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.


Terus terang, kami sekeluarga masih tidak menyangka.. pemergian arwah abah secara tiba-tiba memang mengundang hati yang sayu..

Tapi.. Itu ketentuan Illahi.. Jodoh pertemuan, ajal maut ketentuan-Nya. Tak dapat disangkal walau sedetik pun.

2 situasi berbeza..Arwah nenek dah lama sakit.. sejak dua tahun lepas. Raya 2 tahun lepas arwah nenek berkerusi roda, raya tahun ini arwah nenek dah terbaring saja.. Sempat juga saya bisik ke telinga nya mintak maaf .. kalau2 ada salah dan silap.

Arwah abah..
Arwah abah sihat-sihat aje.. tak pernah kena tahan wad.. kiranya dia susah nak sakit..

Terngiang2 ditelinga saya.. Adik bongsu saya memberitahu abah sudah tiada..Luluh rasanya hati ini.. Menggigil..

Arwah abah mengikuti program berbasikal pagi Ahad tu.. Dari cerita kawan2 arwah.. Abah rebah selepas turun dari basikal. Program tu pun baru nak bermula.. Bila dah rebah kawan arwah abah memapah abah masuk kereta untuk di hantar ke klinik.

Kebetulan ada ambulan lalu.. terus tahan ambulan, dan bawa abah ke klinik. Tapi..kawan2 abah cerita, dalam ambulan lagi abah dah tiada..

Post mortem menyatakan ada darah beku di jantung.. Maksudnya lebih kurang macam serangan sakit jantung.

Itu ketentuan Nya..

Tabah lah duhai hati. Semoga kedua-dua roh di cucuri rahmat-Nya. Tempatkan mereka dikalangan orang yang beriman.


1 comment:

Julie Shahril said...

takziah. heart attack tu. heart attack mmg bahaya, paling bahaya. apa2 pun, semoga arwah tenang di sana.