Thursday, June 28, 2018

Ovarian Cyst

Ni boleh kira late update. Awal tahun ni cuba untuk jadi penulis blog tegar. Tapi apakan daya. Takdir melebihi segalanya.

Dah lama nak pegi hospital buat appointment. Tapi asyik tertangguh sebab kesibukan yang melanda. Nak atau tak memaksa jugak diri ini schedule appointment di Hospital Colombia Asia Bukit Rimau. Setahun sebelum tu ada buat test dan screening juga di hospital yang sama. Masalah kesihatan saya pada masa tu period/datang bulan sampai sebulan tak berhenti. Masa tu di tambah dengan sakit senggugut yang berpanjangan. Macam terkejut gak lah tiba-tiba je jadi macam tu. Sebelum tu period okay je. Lewat sehari dua dan flownya seminggu.

First appointment tu dah buat check up katanya masalah hormon je. Scan pun tak nampak apa2.Sebab masa tu tengah period. So doktor bekalkan dengan pain killer, ubat hormon dan stop bleeding.

Then, setahun juga la saya masalah period tak teratur. Kadang2 okay. Kadang2 tak. Kadang2 ada sampai sebulan. Setahun tu jugak saya cuba mengurangkan berat badan, Cuba untuk menjalani kehidupan lebih sihat. Tapi gagal.. haha.. kaki makan dan kadang2 sibuk tu yang buat gagal berdiet.

7 Februari 2018
Tetapkan lah jugak appointment pada tarikh tu. Itu pun sebab sakit senggugut tu makin teruk. Perut pun dah start sakit masa tu. Padahal dah habis period. Bila scan nampak ada cyct di ovari kanan. Huh.. sedihh.. cyst tu dah berukuran 6cm.
Doktor dah nak proceed dengan operation. Tapi ada masalah medical card tu yang membuatkan saya terpaksa survey hospital kerajaan..

First survey di HTAR Klang, tapi biasalah government punya hospital kan.. kena buat appointment bagai..  kalau takat cyst 6cm diorang memang bagi up to 6 months untuk monitor.
Jadi saya decide pergi ke Hospital Shah Alam untuk cari environment baru. Heh.. Hospital Shah Alam kan hospital baru.

Maka 10 & 11 Februari 2018 saya admit di Hospital Shah Alam. Okay lah kat sini. tak crowded sangat. Cuma kedengaran la suara2 bayi menangis. Ye la sebab masuk pun wad OG. Berkaitan ngan OG le kan. Masa tu sayu hatii.. orang lain masuk ngan perut ada baby. Saya masuk dengan cyst.

Admit 2 hari tu tak buat operation. Even 6cm tapi tak ada yang merbahayakan organ lain. Jadi saya kena standby dengan pain killer dan kalau sakit kena la cepat2 pegi hospital.

6 March 2018
Follow up. Masa ni nak scan tak nampak sebab saya dah kencing sebelum scan. So next time kena ingat. Nak scan kena pastikan tak kencing dulu. So tak de result.

12 March 2018

Masuk semula ward. Sebabnya sakit sangat2. Petang tu saya ada kelas di Puncak Alam. (Ambil part time degree) on the way balik ke Klang singgah terus ke Hospital Shah Alam. Drive sensorang je lak tu.. adeh.. memang penuh kesabaran time ni. Masuk sini stay di ward observation je. Masa tu scan cyst dah 3 cm.

Alhamdulillah.. dah mengecil.

Okay nanti saya buat sambungan kisah ovarian cyst saya ni.

1 comment:

Julie Shahril said...

akak ada fibroid 2cm...mcm tu lah saiznya. tak boleh operate pun, doktor suruh biar je sbb kecik sgt.