Tuesday, November 22, 2022

Sehati - Perkeso

Memandangkan usia dah mencecah 4 siri. Sudah tentu le perkara utama yang menjadi perhatian saya adalah kesihatan. Dah lama cari-cari tempat nak buat medical check-up. Dek kerana pandemik, banyak kekangan dari segi masa dan kewangan. 

Rupanya ada kemudahan yang  percuma bagi rakyat Malaysia membuat saringan kesihatan terutamanya golongan pekerja. Mula-mula nak Sign-Up untuk saringan kesihatan PEKA B40. Tapi, ternampak pulak promosi HSP- SEHATI.

Sejajar dengan usaha memperkasakan promosi kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, PERKESO telah melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP), bermula 1 Jun 2022.

Pelaksanaan semula HSP turut menawarkan penggunaan aplikasi SEHATi bagi memberikan pengalaman baharu yang lebih menarik kepada pekerja terutamanya dalam pengurusan saringan kesihatan.

Aplikasi mudah alih SEHATi menawarkan pengurusan saringan kesihatan di bawah HSP yang mudah dan fleksibel.

  • Semak kelayakan HSP
  • Menetapkan janji temu bagi saringan kesihatan dengan klinik panel
  • Jalani saringan kesihatan secara percuma
  • Mengakses keputusan ujian saringan

Aplikasi ini turut dilengkapi dengan modul Health Diary yang membolehkan pekerja merekod data kesihatan masing-masing bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri

Siapa yang layak di bawah HSP?

  • Warganegara Malaysia
  • Aktif mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Terbuka juga kepada pencarum berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko kesihatan NCD

Bagi pekerja yang ingin menyemak kelayakan dan membuat saringan kesihatan di bawah HSP, pekerja perlu memuat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sehati.perkeso.gov.my


Memang mudah rupanya guna aplikasi Sehati ni. Cuma daftar dan tunggu sama ada kita layak untuk mendapat kemudahan ni. Kemudian, jawab beberapa soalan mengenai lifestyle kita dan sejarah kesihatan terutamanya sejarah kesihatan ibu bapa dan juga diri sendiri. Untuk kesihatan mental pun kena jawab jugak lah ye..


Kemudian, dalam apps tu korang boleh pilih tempat untuk membuat medical check-up. Apps ni dah lengkap dengan maps di mana korang boleh pilih klinik yang berdekatan dengan rumah korang..


Korang bolehlah booking appointment melalui apps ni. kemudian jangan lupa hubungi klinik tu ye. 
Lepas tu jangan lupa.. puasa 12 jam sebelum ambil darah. Cuma boleh minum air kosong je ye!

Saya start puasa jam 9mlm sebab dah booking appointment pukul 9 pagi dan mula la episod mengambil darah..

Hmm.. masalah utama saya adalah urat darah tu halus-halus susah nak cari.. Udah le takut. Hahaha.. Mujur doktor tu agak menenangkan jugak. Selain ambil darah, sample air kencing pon kita kena bagi ye.. 

Ok dah siap semua kita tunggu lah result tu keluar. Biasanya amik masa 1-2 hari bekerja. Sebab sample tu kena serah kan ke makmal okeh. Tapi, saya rasa result tu agak cepat jugak sebab saya pilih buat pada 18/11/2022 hari cuti umum sebelum PRU15. Tau-tau hari Isnin dah dapat result.

Untuk result, perlu jumpa doktor sekali lagi untuk doktor terangkan keputusan-keputusan blood test. Huiii .. sama debarnya macam nak tunggu PM-10


ok ni result untuk cholesterol. hahaha.. semua okay.


Blood test ngan kidney semua okay. tak de masalah. harap berterusan le. Cuma tu le kann.. bile berat ni turun. statik je macam tu.. Korang doakan pulak akak berjaya kurangkan berat 10kg dalam 2-3 bln ni okay.

#sehati
#perkeso
#medicalcheckup
 

No comments: