Permintaan itu dibuat kerana sejak kebelakangan ini harga bahan berkenaan melambung tinggi di pasaran dan alasan peniaga ialah penutup tersebut sukar diperoleh daripada pembekal.
Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang menjual barangan itu melebihi harga siling yang ditetapkan agar membuat aduan melalui talian bebas tol
1 800 886 800.
Beliau berkata, mana-mana peniaga yang didapati menjualnya melebihi harga siling itu akan didakwa mengikut Akta Kawalan Harga 1946.
Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR: “Tiada korban baru,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berhubung perkembangan penularan wabak Influenza A (H1N1) di negara ini.
Katanya, ini bermakna kes kematian setakat ini kekal 67 orang.Dr Mohd Ismail berkata, 257 orang disahkan positif H1N1 dan daripada jumlah itu, 36 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 21 kes lagi mempunyai faktor risiko antaranya diabetes, sakit kronik, lelah, kegemukan, kanak-kanak istimewa, bayi, wanita hamil dan bersalin.
“Pesakit perlu lebih peka serta memberi kerjasama dengan baik bagi mengawal penularan wabak ini. Mereka mempunyai simptom H1N1 sepatutnya tidak mengunjungi kawasan awam antaranya pusat beli-belah dan jangan naiki kenderaan awam.
“Walaupun ringan, virus berkenaan masih boleh disebar kepada orang lain apabila mereka batuk atau bersin,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.
Harian Metro Online.
Ini la rupa nyer setelah memakai penutup berkenaan..
4 comments:
mcm perampok hasil2 tanaman rakan2 je.. ekekeke..
alamak...!!! kantoii
kenapa i nampak opis i kat gambar u nih..
kita jiran eh?
i kat PNM jer..tp opis kat wisma sejarah..
IdzaRis79 : I keje kt Bernama.. hihihi..jiran la tue
Post a Comment