Monday, November 9, 2009

Bosan..

Saya rasa, sblm ni saya belum lagi menceritakan detik2 melahirkan anak sulung saya, Tuah Amir Harith. Permata hati saya yg pertama nih..

It's really a great experience for me. Eventhough menempuhi saat2 bersalin yg amat sukar saya rasa.. Saya rasa semua ibu2 yg terlalu excited mcm saya tentu rasa mcm tu. TERUJA!!

Saya memang sangat inginkan anak lelaki. Sampaikan saya termimpi2 dalam tido.. Dua kali saya mimpi pasal jantina anak saya masa mengandungkan Tuan Amir Harith ni. First, saya mimpi dpt anak lelaki.. then 2nd time saya mimpi dpt ank pempuan. Masa tu saya jadi down giler.. Betul2 terbawak2 perasaan tu di alam nyata.

5 Sept 2007

Sakit contraction start pukul 5 pagi.. tp sakit datang & pergi.. Serius saya x tahu itu rupa2 sakit nak bersalin. saya memikirkan begitu sebab due date utk nye ada 10 hari lagi..Tambahan pulak kita sering dimomok kn dgn cerita nak bersalin harus la keluar air ketuban dulu. Itulah sebabnya saya x der nak bergegas ke hospital.Pukul 8 nanti ada check-up kat hospital. Saya fikir kalau ada2 apa pun, masih sempat ke hospital kot. hahaha..

Di keheningan pagi itu saya terjaga! dan membuka lampu.. memandang muka En. suami yg lena di ulit mimpi.. Indahnya tidur. Tidak seperti saya yg hampir setiap mlm tidak dpt lena dek kerana membawa permata hati kami ini. Dan alangkah bagusnya kalau sakit ni di pindahkan ke En. suami.. Dia boleh tahan ke??

Check-up kat hospital menunjukkan saya ada high BP. Terus je kena tahan wad. Tambah la perasaan takut saya. Maklum la kali pertama. Mau x mau kena redah jugak kan.. Contraction petang tu still on & off. Tp, sakitnya Allah saja yg tahu. Siap buat scan ptg tu. Air ketuban kurang & jantina bayi di jangka pempuan. Doktor kata esok saya kena induce. OMG.. kena redah jugak esok. Malam tu saya langsung x dapat tidur.. sakit nya asyik dtg je..

6 Sept 2007

Saya cuma sempat mkn roti pagi tu. Selera automatik tertutup. Lebih kurang kul 9am saya di bawa ke bilik bersalin. Sejuk kaki den. Doktor terus check BP n letak mcm2 alat elektronik kat perut ni.. Nak kesan contraction la katakan..BP still high. Yelah sakit kan? harus la BP ku mencanak naik x mo turun2. Lebih kurang kul 11 doktor pecah kan ketuban saya, pastu suruh saya dok diam2. Suntikan Epidural tidak dibenarkan ambil kerana diriku yg high BP akan menyebabkan komplikasi. Huh.. sungguh sakit.. rasa nak terjun bangunan jer.. mana bleh dok diam2.. dan saya di berikan ubat utk turunkan BP tu setiap dua jam. Still x turun2 jugak.

Lebih kurang kol 4 saya rasa sakit yg teramat2 sakit. Sampai saya terpaksa marahkan doktor tu kata saya dah x tertahan sgt nih. Yer la.. sengal yg amat doktor tu. Org tgh sakit dia bleh suh sabar2 lagi segala. Doktor tu check n pintu rahim dah terbukak 8 cm. kira dah boleh jalan2 cari makan la ni.. ekekek.. Saya ambil masa satu jam utk meneran. Terus terang masa tu saya betul2 dah x der tenaga. Saya mintak air pd nurse.. Serius saya dah flat. Sejam berlalu.. Saya rasa hr tu saya buat free show kt wad bersalin PPUM tu. semua doktor dtg bg semangat. Serius sakit + keadaan saya yg kehabisan tenaga tu membuat saya rasa harus la kejap lagi saya di bedah pulak. Doktor kata, jangan.. baby u kecil je.. Pastu siap2 dia keluarkan vacuum.

Peh.. bila terpandangkan vacuum itu.. saya x tahu dari mana datang kekuatan diri tu.. Saya x mau di vacuum!! gila bapak besar itu vacuum.. Maka, tepat jam 5.23pm.. lahir lah Tuah Amir Hartih.. permata hati saya yg pertama..




No comments: