Budak-budak bertuah

Tuesday, October 26, 2010

Potty Training Abang

Sebenarnya.. kalau bab² buang air kecik & buang air besar, abang dah lulus ngan jaya nya. Cuma sekarang saya je kurang yakin sebab kalau nak bawak dia keluar kena gak pakai pampers.

Bukan pe.. takut nak terbuang air besar time² toilet jauh kan ke haruu..

Adoii.. start minggu ni try tak nak pakai kan pempers kalau jenjalan. Mummy & Daddy kena yakin amat ngan dia. Semalam pon mummy dah citer ngan dia budak besar tak pakai pempers dah. Lagi pun abang dah nak sekolah, kat sekolah tak ada orang pakai pempers.

Pastu dia tanya saya balik. "Adik Uma pakai pempers kan?" Jadi saya pun menerangkan pada dia yang adik Uzma tu kecik lagi, baby lagi.. nanti bila adik Uzma dah besar, dia pon tak pakai pempers dah..

Kadang² berborak² ngan anak pun buat kita happy. Yelah.. Boleh tahu perkembangan dia. Boleh tahu takat mana pengetahuan dia. Kadang² layan kan aje lah borak² dia.. Asal bahagia sudahh.

4 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

huhuhuhuhu...dah bijak si abg bercakap.

Umiey said...

mmg btul tu, borak2 ngan anak nie bleh hilang stress kan...

Ju@Lucky^Mummy said...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. : memang makin bijak.. kenkadang penat nak menjawab nye..

Ju@Lucky^Mummy said...

Umiey : Yup.. betol² .. rasa seronok je..lagi² yg tengah nak belajar camnih..

tp, kadang² x paham pelat dia..