Budak-budak bertuah

Tuesday, November 30, 2010

Cuti-cuti Terengganu~~

Salam korang.. Hujung minggu lepas kami pergi Kuala Terengganu.. Jalan² kat sana.. Kami memulakan perjalanan petang Jumaat yg lepas.. Wee... KL ujan, on the way tu pulak mendung je.. Sekarang nak pergi Terengganu senang je kan. Ikut LPT tu.. selesa lah. Tapi, memang boring sikit lah..

okeh.. first stop kat sini.. Masjid Geliga Kemaman. (Jgn tengok² sgt saya ni tgh sakit perut.. hehehe!)
Sampai Kuala Terengganu dlm pukul 11 camtu.. dah letih..
Rehat jap .. pastu tido..
Kami tinggal kat homestay di Kampung Losong.
Memang best!

Agenda ke Terengganu ni actually nye nak memeriah kan majlis perkahwinan adik ipar sepupu hubby. Yang lelaki tu.. Sweet pasangan pengantin ni..

Hari Sabtu, masa majlis tu hujan turun mencurah².. Adoii.. ni tak best kala pergi pantai timur hujung² tahun ni.. mesti hujan. Majlis ni berlangsung kat kat Kampung Atas Tol..

heh .. tumpang pelamin ye cik pengantin....

Lepas majlis tu jalan² kat Pasar Payang.. kat sini memang macam² ada. Tapi, Pasar Payang ni tutup pukul 5. Tu pasal sekejap je kat sini..
Plan nak pergi Taman Tamadun Islam. Tapi, sebabkan hujan.. langsung tak pergi mana². Balik terus homestay.. Releks² je..

Sebelum tu singgah beli keropok lekor buat makan petang..

Balik homestay siap² nak pegi makan..

Tapi tak jadi lah pulak.. Masing² dah penat.. Makan kat umah je. Tu pasal bertukar baju tido.. peace 1 malaysia!

Ahad pagi..
bergerak balik se awal jam 8.30pg. ni homestay yg kami tinggal.

Sebelum balik singgah ke Masjid Kristal ni. Taman Tamadun Islam tak jadi pergi sebab tak larat nak jalan nanti. Yelah.. lagi pun dah nak balik KL. kena simpan tenaga.


Us..

tengok dinasor?

Masjid Kristal.

On the way balik.. singgah lagi kat Masji Geliga Kemaman.. Kat belakang masjid tu pulak ada gerai jual sata & otak²..
Ape² pon memang best..
Isi ikan memang manis².. maklom la tepi laut lah katakan..

Abang Amir sabar menanti daddy bukak otak². Otak² memang favourite dia..

ok lah.. tu je catatan perjalanan kami ke Terengganu weekend lepas. Malas nak uplod gambar banyak² . penat tol menunggu. Dari semalam upload gambar, baru hari ni lepas.

Apa² pun bercuti kt Terengganu memang best. Boleh kata Terengganu ni syurga makanan.

Tapi.. sedih sangat apabila anak patung penyu adik kena CURI kat Bangsar. Sebab balik tu kami singgah makan kat Bangsar. Adik bawak turun patung penyu tu.. Pas habis makan.. Saya dukung adik bwk jalan² kat luar kedai makan. Masa turun tangga kedai tu saya memang perasan dia pegang patung tu. Siap pesan pegang elok².
Sudahnya.. saya jalan tak sampai 10 meter masuk kedai balik, tengok² patung tu dah hilang. Jatuh kot.. Saya pusing balik tempat jalan tadi.. langsung tak ada patung tu.. Uwaaaaaa... Jauh tu nak pergi Terengganu nak belikan lagi woooo....
Saya perasan ada couple selisih ngan saya masa saya jalan kat situ.

Adoii...... benda tu pun nak curi.
Dasar tangan panjang.
Geram!

3 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

alor..siannye..patung penyu camne? yg kaler pink putih tu ye?..yg meniarap tu..cian..

Ju@Lucky^Mummy said...

rose --{@ ibuRafiq @}-- : ye rose.. sedey nye rasa.. jauh nak gi ganu .. uhukkk..

Mama HH said...

salam kenal...
kitorg slalu blk kg t'ganu pon jarang dpt round... round KT... huhu