Wednesday, July 14, 2010

Banci..

Ok.
Dua entry untuk pagi nih..
Ye lah kan.. maklom je la. Kena pindah randah nak online pon kan??
Sangat x effisen di situ..
Kali ni cerita pasal tugas yang x berapa nak hakiki.. iaitu sebagai PEMBANCI.
kerja ini di lakukan selepas ofis hour & weekend.
Zaman dah berubah di mana rumah skang ni sekadar tempat tido je..
Setakat seminggu pembancian berlangsung, most of the isi rumah pergi bekerja. Jadi agak penat nak ulang dua tiga kali nak pegi balik umah diorang nih..
So, ada la 2 lagi cara yg boleh di gunakan selain bersemuka iaitu
DOPU
&
e-census
Sebenarnya dua method ni x berapa di galak kan sebab nye selalunya kalau isi sendiri orang confirm x de buat.
e-census pulak masih memerlukan pembanci datang ke rumah untuk mberikan kod2 yg berkenaan.
So.. sebagai pembanci.. barang2 yg wajib ada adalah..

Beg banci & tag ID pembanci.
kalau ada org datang banci tanpa kedua2 barang ini. Korang boleh halau ngan sesuka hati..

Dokumen 1a ni sangat penting untuk pembanci. Tanpanya kami tidak boleh pergi membanci. Dokumen ni jugak nyawa & jiwa raga pembanci .
Kalau ada anjing garang datang.. @ perampok. Jangan sesekali memberikan dokumen ini kepada anjing @ perampok itu.
Selamatkan lah dokumen ini ye!!
Apa kah kepentingan Dokumen 1a ini?
Ok.. dalam nye ada peta blok @ rumah yg nak di banci.
Dalam nye jugak terdaoat maklumat alamat kediaman yg nak di banci.
Setelah selesai membanci, semua maklumat mengenai bilangan isi rumah, di pindah kan ke dalam dokumen ini.
Hoh.. korang jangan ingat senang je men banci2 suka2 hati. Ada guideline tau!!

Dan........ ini la keje umah malam hari..
Ades...
walaupun banyak keje..
in other side.. it is a really good experience for me!!
coz.. saya dah bosan dok terperap kt ofis je..
sekali sekali jumpa org saya sangat gumbira!!
huhuhu..
Nota kaki 1 : Ada orang puji saya lemah lembut & sangat sopan santun..pergh.. saya sendiri nak muntah hijo.. buleh gitu.. huhuhu!!
Nota kaki 2 : Sila berikan kerjasama anda. Kerjasama anda amat di perlukan. Banci pon bukan selalu kan.. 10 tahun sekali. X tanya banyak pon..


5 comments:

Julie Shahril said...

ju ni buat part time banci ke mcm mana? dulu akak keje perangkaan, pnah buat banci kedai, phm sgt dgn kerenah org, ada yg layan,ada yg x layan...

mummy_ayu said...

wah..pembanci yer..baru je buat enty pasal banci gak..mesti penat kan...
selamat membanci!!

Aujinz said...

itu hari dia bilang sama kakek, dia mau banci. Gila loh..

kok mau banci harus saja terus ke Lorong Haji Taib! di sana ramai banci banci ...pilih aja yang mana dong!




gahahahaha...gurau jer..:P

nieda said...

rumah saya dah kena banci..mmg kesian pembanci ni ulang alik sbb rumah takde org..ada juga yg takut nak buka pintu

Suziey Ahmad said...

oooo pegawai banci ke? hr tu dh dtg dh org banci..mmg kami berikan layanan fest klas..ekek:p kejasama tlh diberi:p