Budak-budak bertuah

Monday, March 29, 2010

Wanita Cantik vs Wanita Perasan Cantik

Saya tahu hari ini hari Isnin.. patut nye di buat entry2 yg ringan supaya monday blues tu x rasa sgt blues nya.. Tp.. ini belog saya.. saya punya suka la nak wat tajuk apa pun kan? ahaks!
Sblm tu .. saya berpengalaman hidup didunia selama 29 tahun.. jadi, mungkin sesetengah org rasa saya sudah matang.. dan ada yg rasa saya x matang langsung.. maka itu.. kalau salah tolonglah tunjukkan.. terima kasih..

Kenapa saya nak bercerita pasal cantik vs perasan cantik ni..?? Sebab di sini ada anak2 gadis (err sahih ke kegadisannya?) yg tahap2 gaban tak boleh blah. bukan x boleh blah sbb cantik.. tp, sebaliknya dowh!..

Cantik? perlu ke mekap tebal 14 inci baru di definasikan cantik? Kemas? perlu ke kasut bonia & Tudung Ariani ori untuk nampak kemas? Tapi .. kemas2 cantik2 pun tapi kalau hati.. tak boleh blah jugak perangai nya camane? Huuu.... complicated.. manusia sungguh complicated..

X tahulah apa nak kata.. kalau di tegur, kang melenting.. macam lah bagus sangat. Padahal.. nak kata tahap cantik tu.. tak de lah mana sangat.. x cantik tu.. x kisah la sangat.. tapi, di tempat keje.. badan berbau, selekeh, mulut pun berbau.. selipar iras2 selipar jepun camne?? korang rasa boleh blah x dia ni... serba salah x kita sbg kawan nak tegur dia, tp hakikatnya dia tak boleh ditegur.

Huh.. kalau perangai.. saya pun x tahu lah.. hari2 dok cerita keluar ngan mamat tu.. mamat ni.. satu kampung pun boleh dia keluar. Free je 24 jam. Yelah.. konfirm la ko keluar ngan mamat lain sepanjang masa.. sbb depa x tahan bau badan ko tu.. mana nak keluar ngan mamat sama tetiap hari.. Sungguhpun dah ada BF, saya sendiri tidak pasti apa fungsi BF nya.. sekadar drebar pegi balik keje..sungguh malang nasib BF nya.. dah la dpt GF x secantik mana.. perangai x boleh blah pulak tu.. kesian..

Tapi, kalau kita tengok pulak versi cantik, wangi, harum tp perangai nya.. hish.. x tahu lah nak kata.. kerja nya bertukar BF je.. agak2 korang ada rasa nak bagi penampar satu x kat dia?. Jawapan unggul beliau.. x serasi. x itu.. x ini.. a ah.. macam la tahap miss universe nak cari BF cam cari ikan kat pasar..

Wanita cantik & berperibadi mulia. Itu idaman setiap lelaki.. dan sebalik nya pulak? Camane? Oklah... mungkin ada yg x cantik.. tapi sangat berperibadi mulia pun menjadi idaman lelaki.. dan yg 2-2 x der kriteria tu? Sapa mau ?

Cantik... kecantikan tu bukanlah sekadar dari mata yang memandang, tapi dari hati yg tulus & ikhlas. Kecantikan tu pula.. subjektif, ianya juga boleh di ubah dari x cantik ke cantik. Bahkan perangai yg x baik pun boleh di perbaiki.. Ubahlah selagi ada masa.. esok2 diri sendiri yg rugi.

Sesungguhnya yg baik tu kita jadikan tauladan.. yang buruk tu jadikan sempadan..renung2kan.. & selamat beramal..

Friday, March 26, 2010

Ada berani???


Siapa berani curikk????????????????

Patri



Patri-Jinbara

Pagi yg sejuk... kena bagi hangat sikit!


Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

Thursday, March 25, 2010

Back to Back





Ingat CSI saja yg ada back tu back? hahaha..

Dapat Award dari Kak Julie.. Thanks.. hehe.. Smlm lupa nak TAG akak.. nanti akak jawab TAG saya ya..

Dan soalan2 nya....

1. ucapkn maceh kt spe yg bg award nih

Terima kasih banyak2 ya kak Julie.. Comel sungguh akak saya yg sorg nih..Kak Julie merupakan senior saya di sekolah dulu. Siap bagi dua award lak tu.. Giler glemer jap ..

2. pass kt 15 blogger yg kamu rs fantastic bombastic plastik beg

hahaha...
1. BULLET - padan muka ko!!
2. Nida - kawan sebantal saya dulu.. hehehe..
3. ~0~ - bagi kt engko boleh??
5. lanun darat.. hua hua hua
6. Kak Zura - Amik lah award ya.. huhuhu busy sungguh hondarian ni..
8. erk.. sapa2 lah yg sudi ya.. huhuhu

3. bgtau kt blogger yg ko bg award ni kt dieorg -

Baik~!

4. bg 7 perkara tentang kamu (err 7 je ke.. nak buat 18 boleh??)

1. Baik.. jujur.. (cett.. belum apa2 dah tunjuk senga!!l)
2. mudah sentap kalo ada benda2 sedih..
3. gojes!!- jgn pitam atau muntah hijau ya..
4. tapi.. maaf, saya sedikit memilih kawan. (sesiapa yg gojes saja yg ada dlm frendlist fesbuk saya!!.. yg x gojes sila jgn rajin klik add me as fren ya!!.. hahahahahhh)
5. Sesiapa yg mahu ketawa sepanjang hari.. silalah buat lawak sengal ngan saya ya.. saya yakin.. anda pasti masuk ICU kerana terlebih ketawa. Don't worry.. saya x makan dalam punya.. agak saya sakit hati, saya bagi je anda makan kasut crocs saya.
6. Saya seorang isteri yg prihatin sebab sebelum suami makan maggi di malam2 hari, saya dah masak kan beliau nasik, gulai udang & terung, sup sayur & ayam serta telur dadar gebu di senja2 hari..malam2 sikit makan maggi.. tak ke prihatin namanya tu?
7. Saya juga merupakan seorang ibu kepada cahaya mata kami..

nota kaki : patut la ukuran pinggang beliau melebihi 7 skala rikter.. maklom la.. isteri mithali la katakan.. hua hua hua.. larikkkk!!

Hebat..!!

Jangan cemburu ngan entry kedua saya pada hari ni... Sebab nya.. Saya memang gumbira, rasa macam nak menari sehati berdansa..

Nescafe..? hua hua.. tepat seminggu beliau membasahi tekak saya.. Kalau dulu... secawan, sudah buat saya hilang pertimbangan. Pening tahap raksaksa.. silap hari bulan ulat gonggok yg melintas di depan saya kena pijak2 sampai x ada rupa. Dahsyat sungguh..

Kini.. bukan takat ulat gonggok, cacing pun saya rasa nak belai2 mesra. Biar dia dapat merasa, Aura Elken Spirulina pada saya.

OpppSS! hentikan merepek!

Dah sebulan mengamalkan Elken Spirulina .. sebelum tu.. even tgh update belog, migrain datang.. pening yg amat rasa nak hantuk kepala kt keyboard. Panadol? tak usah lah cerita pasal panadol, milidon.. pain killer.. tu semua dah lali.. Langsung x berkesan.!

Cara pengambilan saya? tak banyak pun.. lebih kurang 8 biji setiap hari. Seisi keluarga saya pun mengamalkan Elken Spirulina ni tau!! x perlu nak ada supplement lain. Satu je dah ada macam2 nutrien.

Satu lagi pengalaman saya, Saya mmg kurang SI. Adik Tsara cuma BF malam2 je. Tp, lepas amik Spirulina ni. Pantang lambat sikit. dah sakit. Rasa penuh sgt. Kalau x sebelum ni x rasa apa2 pun. Menyesal tak ambik Elken Spirulina awal2. Mungkin saya boleh fully breastfeed Adik...

Dia telah pergi jauh .. meninggalkan ku..

Dia dah pergi...
tinggal kan saya..

perasaan ???


HAPPY... Sangat-sangat HAPPY..

rasanya seperti saya mendapat peluang hidup ke dua.. huh.. dahsyat sungguh.!
rasa hidup lebih bermakna..
Ceria... lalalala

Tanpa MIGRAIN

Rahsia?? apa lagi?? elken spirulina lah.. mau cuba?

Mau kaya??
Jgn pandang belakang lagi .. telefon Saya sekarang - Jue -012-3638873 -
Kami ada pelan hebat & luarbiasa.. PANAS.. HANGAT untuk anda!!

Wednesday, March 24, 2010

Pagi2 dah kena

Pagi2 dah kena TAG dari En. Bullet . Harap En. Bullet berpuashati & jantung. Erkk.. x lucky ke jawab soalan2 TAG??

1. Siapakah diri anda di rumah?

Di rumah mummy saya, saya adalah seorang kanak2 ribena yg riang ria. Kejap2 kang mummy saya mula la menjerit suruh kemas itu.. kemas ini.. masak air, masak nasik cepat2, masak ikan goreng, masak dan masak lagi.. Hish.. asyik masak je.. apa fungsi kakak saya yg 2 orang tu? erk.. konfiusss.. Maka, sebab itulah saya memikul tugas berat skang ni. Kakak kepada kakak2 & Abang saya. Adik2 saya apa tah lagi.. Asyik2 tanya saya itu ini.. Ini itu... Pening~~

Kalau kat rumah sendiri.. of coz la saya seorang isteri mithali yg amat di senangi suami saya. Tak caya tanya lah sendirik.. Best x ada isteri yg akan bertanya di mlm2 hari nak makan apa "B.. nak kari, tomyam ke ayam?" en. suami "kari" isteri mithali "ok.. sup ke.. goreng ?" en. suami "sup" . isteri mithali "baiklah.. mee maggi kari sup cepat di masak dlm 2 minit shj" HUA HUA.. pantas kan?


2. Siapakah diri anda disamping rakan?

erkk... saya ni boleh la di katakan sbg tempat mengadu-domba, sessi umpat mengumpat. Kutuk mengutuk.. boleh x gitu?? hik3.. jujur sangat la pulak saya ni.. :p


3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai


Wow.......
1 . Mesti la nak En Alphard. Kalau x apa guna nya saya letak gambar beliau di belog ini??
2 . Pastu dah ada En. Alphard, nak pulak Nissan FairladyZ tu..
3. Hah.. Nak Kondo Orion kt Jln Tun Razak tu boleh x? senang nak pergi keje jalan kaki je. Agak sakit jantung, IJN kt sebelah rumah je.. hahahaha
4. Nak melancong ke Jepun & Korea.
5. Nak baby boy lg satu.. Nama dah ada.. org je belum ada..hahaha.. (kang ini yg jadik no 1 impian saya en suami saya tolong laksanakan.. :p)

4. Siapakah nama pasangan anda?


En. Suami saya adalah En. Ahmad Hisham Alias

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda


1. Beliau suka tgk cerita penyiasatan.. segala jenis CSI, NCIS, Criminal Minds, Bones.. & mcm lagi.. saya pun suka jugak.. ;)
2. Suka mkn tauhu.. itu feveret saya gak tu.
3. Beliau adalah kaunter buat susu.. 2 org budak itu nak minum susu buatan tangan beliau.. hehehe.. maka saya boleh tido ngan aman setiap mlm.. hua hua hua..
4. Beliau seorang yg jujur ngan saya..
5. Beliau seorang yg romantik.. huhuhu.. dgn cara dia la.. cuma saya je tahu.. :p

6.Bila tarikh anda couple?


tarikh tepat x tahu la.. sedar2 je dah couple.. kalau first dating tu ingat le .. 15/10/2000


7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?


Ada tu ada... x perlu la nak citer... sbb, terlalu pahit sgt2


8.Lagu tema cinta anda?


Lagu tiga kupang... hua hua..
lagi satu.. satu satu saya sayang mummy, dua dua saya sayang daddy, tiga tiga sayang adik2, satu dua tiga sayang semuanya... huhuhuhu

lagu tema? erkkk... 6th Sense.. Tanpa..


9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?


Beliau sudah maintain hensem.. jadi x perlu la beliau berubah apa2.

10.Tag 7 rakan anda yang lain

mangsa2 seterusnya....

Nidza - ha.. jawab.. dulu selalu Tag aku.. kikiki
Kak Siti
Kak Zura -akak jgn rehat lama2.. ;)
dan
sapa2 lah yg sudi ya...

Tuesday, March 23, 2010

Dah insaf.. tp buat balik.. isk3

Memula syok.. layan ni.. best sgt..
Tambahan lagi kawan2 dok hantar je barang baik2 setiap hari
Addictive sekejap..
hari2 mesti main.
pastu berenti sekejap..
jadi..
barang baik dlm kotak bertambah2
ada la dekat 100 barang.
isk3..
siap ada yg dah expired..
last2 saya jual separuh..
sebab tak mau penuh2 sgt
pening nanti..
kalau ada pun penat nak klik2 dia..
basah ketiak
seb baik pakai rexona
kuang2
*
*
*
*
*
*
*
hik3... tu maison saya x siap lagi.. ringan2 kan tgn membantu saya..

Satu lagi ni..
tetiap hari wajib masuk ..
hujan ka.. panas ka... tetap ku redah jugak..
Yang ni siap bertepuk mesra ngan en. suami saya..
sebab hr tu dia dah level atas dr saya..
kini saya sudah atas dia..
(aik.. cam pelik je statement ni.. hua.. hua.. :p)
Di sini..
*
*
*

Suma binatang ader.. anjing je belum beli lagi..
ada pig? huhu.. x pe.. sbb ai pakai glove.. hik3

anjing ada pun.. org pun buleh curik pe..
itu x penting..
sbb yg penting strategi..



bunga2an telah membantu menaikkan level serta menyumbang berjuta2 coins kepada saya..

*
*
*
di suatu hari yg indah.. seorng teman berchit-chat ngan saya.
Kawan : wow.. meriah kebun.
saya : hehehe.. tengkiu2
kawan : subur betul mcm tuan nya.. heee heeee
saya : huh.. pernah makan kasut crocs size 7 x?
kawan : x pernah
saya : so.. diam~!

hahaha wish i can say that.. part makan kasut tu x der.. saya cakap dlm hati je..
saya jawab : rezeki.. masa muda ni la..
*
*
*
ok.. fokus pada kerja & bisnes
jom lawat blog bisness saya



Monday, March 22, 2010

Curang

Kenapa mesti curang?
Apa alasan untuk curang?


Hishh... kecurangan tu tiada kena mengena ngan hidup saya. Cuma terkadang.. (isk..isk ..terpaksa gak mengumpat) takjub jugak ngan segelintir manusia ni. Bangga sungguh pasang 2-3 spare part. (x sedar diri spare tyre sendiri dah macam tayar lori.. kalau setakat tayar beskal, boleh di ampunkan lagi)

Manusia.. manusia.. x puas ngan apa yg dia ada...

** hari ni busy sket..**

Friday, March 19, 2010

cik Epal di skodeng..

Ooopps.. silap.. Patut nya "cik Epal telah menskodeng" ke belog saya yg tak seberapa ni.. Huhuhuhu... Hepi giler.. mcm jumpa artis gitu... ahahaha...........
cik Epal ni mmg antara yg top dalam arena belog di Malaysia ni. Sudah pasti la cik Epal ni antara idola saya sbb belog beliau sgt sempoi & best!!
Apa pun saya mmg suka pd cik Epal & cik Epal silalah jengok2 belog saya selalu.. hihihi


cik Epal dgn jitu telah melakukan aktiviti mengomen di belog saya..

Terima Kasih kpd cik Epal atas kesudian beliau singgah kat sini.. ~~

Tuesday, March 16, 2010

Abang Amir yg Cranky..

Malam tadi Abang buat perangai.. Ajak makan nasik macam biasa lah.. dia x nak.. Nak makan calci-yum.. Saya layan kan je lah.. Makan satu, pastu pau adik punya. Pastu saya offer lagi satu. Jadi 3 calci-yum mlm tadi. Lepas makan, pastu cuci2 kotoran & ganti baju abang & adik. Ok .. semua sekarang relex2. Kita tido..

Selepas satu episod berangin tahap fire ngan daddy... Abang mula la wat perangai terbaik nya.. main2 sambil membuli2 adik. That time saya mmg dah hangin dah.. Tetiba dia pergi memanjat TV. Pergh... mmg sgt2 marah!! dah la adik tercangok dpn TV. Kalau terbalik.. x ke haru... saya kasik satu das kat kaki dia. Piap!!

Apa lagi.. meraung la cari daddy. Daddy tu pulak.. kalau x bertapa dalam tandas tu x sah!! dah la lepak kt dlm tpt setan. Bagi makan kat jin pulak. Baik RM6.90 tu buat beli nasik ayam.. Ada pekdahnya.. lagi bagus beli insurans. Insurans 2 anak x sampai pun RM6.90 sehari cik Abang oii.. !! ooopppss merapu.. sila ke tajuk asal..

Lepas tu saya jumpa kawan saya Nida , jap kt bawah. Abang Amir memula nak ikut pastu x nak ikut. Saya amik barang tupperware yg kitorg main kutu dr Nida. Dah selesai.. macam biasalah.. budak dua org tu buat quality inspection. Pastu bermula la sessi tido menido~

Abang mula la nak macam2. Susu la.. bantal la.. dah bagi susu x mau minum. Dah bagi bantal, bantal x kena la. Terpusing2 sana sini. kacau Adik la. Semuanya x kena.. Mummy & daddy dah habis ikhtiar melayan dia.. merengek memanjang..

Last2 saya tadah tangan berdoa kuat2. "Bismillahirrahmannirrahim..Ya-Allah, Ya Tuhan ku.. jadi kan lah Tuah Amr Harith anak yang pandai, anak yang mendengar kata mummy & daddy, anak yang beriman & anak yang soleh.. Amin... " Masa tu Abang Amir dah diam je.. mata dah kuyu & lemah.
Saya doa lagi "Ya-Allah, Ya Tuhan ku.. semoga Tuah Amir Harith tido cepat malam nih..Amin!!" Abang Amir baring ngan mata kuyu.. X sampai 5 minit.. Lena~~

nota kaki : Saya memang membiasakan diri berdoa bersama2 anak2 sblm tido. Kalau x bercerita perkara yang baik2 . meningkatkan semangat. Ayat2 motivasi, ayat2 positif kepada mereka.Sebabnya, masa hendak tidur atau dlm keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja sedangkan otak kiri tidur. Fakta : Otak kanan sebenarnya lebih efektif berbanding otak kiri.

nota kaki 2 : Ingat le.. doa ibu itu sesungguhnya cepat je termakbul..

Monday, March 15, 2010

TAG

Siyes tak der idea pg ni~~ jawab tag dr sapa2 tah..
Ahahah~


1) Adakah anda rasa HOT??

hot ? hot n spicy kt KFC la.. tp kalau mkn KFC kt Kuchai Lama saya rasa nak baling je ke luar. X hot langsung. ekeke ...
Saya x hot la .. cool jew org nye..
kalau hot tu seksi.. Pun x seksi .. hot2 ngan En. Suami saya jew.. ekekeke

2) Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

Ok~


3) Cerita pasal gambar

hik3.. saya saja je nak riak/takbur/menunjuk2 saya pernah pergi I-City kt opismate2 saya.... ahahaha boleh x gitu..

4) Bila kali terakhir anda makan pizza??

Minggu lepas.. kt Kuchai Lama jugak.. bes tu KFC ngan Pizza sebelah menyebelah. baik mkn Pizza. x der la perasaan nak baling membaling.. hik3

5) Lagu terakhir anda dengar?

Nobody-wonder gurl

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
main Barn Buddy - sila add saya sebagai jiran anda dlm FB!!

7) Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
- kt rumah - Kak Cik
- belah suami - Alang
- arwah Atok panggil - mak Aye (sejenis ikan yg lebih terkenal ngan nama tongkol)
- lain2- Ayu.. sebab saya seorang yg ayu, lemah lembut dan bersopan santun serta berbudi bahasa.. (sila jangan muntah hijau) (>_<)

8) Tag lagi 8 orang
1- 1 orang
2- org kedua
3- org ketiga
4- dan seterusnya....
tag la diri anda sendiri

bla2.. skip la~ hik3

9) Persamaan antara kambing dan lembu

kedua-dua nya boleh di korban kan.

10 ) Perasaan buat tag ini.

x der perasaan

11) adakah anda tahu si rizman tu sengal?

mungkin juga.. tentu dia minta di urut2 mana2 yg sengal itu.. ha?? sapa tadi?

12 ) Gay or Less

2-2 tak.. hik3.. Bi pun x.. Ai suka laki ai je You! hak3



Friday, March 12, 2010

Benda Sedap

Hik3... Saya tau la mlm td mlm kasih sayang cepat je korang klik link saya.. Kuang3... perasan!!
Layan lagu ni jap.. Di sebalik lagu ni ada memori indah bersama en. Suami saya masa zaman2 bercinta dulu.. bukan pe.. dia suka lagu2 GNR.


Sekali sekala layan lagu ni.. Best gak!! petikan gitar En. Slash tu memang superb..

Tp..saya agak heran sikit la.. Rendam baby dalam air matanya yg biru tu buleh tukar jadi hijau ekk?? hak3 . AMARAN : DON'T DO THIS AT HOME!!

Thursday, March 11, 2010

Macam tau2 je...!!

I start my day with a phone call to my Mum today.. Saja je nak tanya khabar dia. Semalam my Mum ada call saya cerita pasal interview my brother. Cuma saya agak musykil ngan bebelan dia tadi..

Mum : Anak2 sihat ??
Saya : Baik2 je..
Mum : Kat rumah x der apa2? nangis x?
Saya : X der apa2.. biasa2 je..
Mum : Tsara dah berjalan ?
Saya : Hik3.. dah berlari dah pun .. (dlm hati saya ada sedikit kesal~dah 3 bulan x balik kg.. :(
Mum : Ko jgn nak tambah anak!
Saya : Hik3... x der2.. x tambah..

** Macam mana dia tau saya membangkitkan isu tambah anak ni... Dia baca blog saya ke nih...***

Bukan apa, my mum kesian kat cucu2 dia.. takut kurang kasih sayang saya & suami. Setiap hari keluar bekerja. Meninggalkan anak2 yg masih mentah. Yg sentiasa perlukan belaian kasih sayang saya. Memang.. kalau ikut kan hati, saya tidak mahu bekerja. Tapi.. tanggungjawab mencari rezeki harus di galas bersama suami. Kalau tidak, mana lah nak cari duit nak beli keperluan mereka tu..

Anak2.. memang tak sanggup nak berjauhan ngan mereka.. Melihat mereka menangis di waktu pagi sewaktu saya nak pergi bekerja memang meragut tangkai hati saya. Tapi.. saya kena kuatkan semangat. Kena bersabar sebanyak2 nya..

Apa2 pun saya happy sikit hari ni.. x mcm 2-3 hari lepas. Alhamdulillah.. Praise to Allah.. Harap perkara mcm ni x berlaku lg bln depan & seterusnya.

Wednesday, March 10, 2010

The Arrangement~ tensi tahap gaban~

Salam uolls..
Sebenarnya saya x der idea hari ni..
maka.. tgh hari ni kuar satu status FB saya..

Mode : Lapar.. tp x tau nak mkn apa... Fikiran masih lagi tidak fokus~ melayang tah mana!! Oh... Tuhan.. kembalikan aku ke alam nyata~ Supaya aku sentiasa tegak berdiri.. teguh hati.. menjalani ujian2-MU~


ooo.... bangun Ju.. bangun ... WAKE UP~!!

Baik.. (sila imagine intonasi "baik" seperti dlm drama jepun yg ditranslate bahasa melayu.. hiks.. (>_<)..

Sekarang saya tinggal di Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi. Saya bekerja di area Jln Tun Razak. Suami pula bekerja di Shah Alam.
Anak2 kami.. masih lagi kami hantar ke Klang. Rumah MIL. Jadi, suami saya memandu lebih kurang 100km sehari termasuk mengambil anak saudara kami di Bangsar.
Nak cari pengasuh @ hantar taska.. Kami masih belum buat keputusan..

Tp.. ngan situasi sekarang.. kes2 pengasuh yg tidak boleh di harap, bahkan ada yg sampai tahap mati, membuat saya menimbangkan hal itu 1000 kali.
Jadi.. arrangement menghantar anak2 ke rumah MIL akan kekal dlm setahun ini..

Nak tambah baby lagi seperti pertanyaan En. Kamal, mungkin tidak buat masa ini. Kami belum punya rumah sendiri. Nak kata menyimpan pun... x der menyimpan sangat. Bila dah sesak2 macam ni (saya belum dpt gaji bulan lepas lagi) mula lah dok korek & gali simpanan2. Jadi.. sampai bila?? Sampai bila simpanan nak berbukit bukau?? Arghhh...

Tambah tensi lagi.. mulut2 sumbang macam #####, Dok kata.. "Awak x pe la.. Awak ada suami.. bleh mintak kt suami awak"
WATDEHEL
Habis... kalo dah minyak keta saja dah makan ratus2.. Sewa rumah.. belum lagi bil2.. Pampers & susu anak2 tu.. x pakai duit ke?? Pakai daun ke?.. Ataupun suami saya yg hensem tu sengih je kat mat bangla jaga stesen minyak tu... confirm dapat minyak free ekk..

"Ko hingat laki aku gaji Rm10,000 sebulan? kalau dia gaji bnyk tu x der aku jumpa ko kt sini"

*** maaf... saya sgt emo hr ni***
** saya memang suka merapu ngan benda2 yg x der kaitan~ lalala~

Tuesday, March 9, 2010

My Name Is Tuah Amir Harith

My Name Is Tuah Amir Harith.
I'm not a terrorist.. ahaks!~

Ma ma'na Tuah Amir Harith?
AMIR - Pemimpin/Raja
HARITH - Yang Berusaha
TUAH - x tau.. pi carik kt Kamus Dewan.. ahahaha


Inilah saya ketika berusia 2 bulan.. terkejut saya la mummy.. Mummy ni amek gambar seksi2 pulak..
Tp.. x per saya lelaki.. Aurat x nampak..

Saya ngan nenek saya.. Bam2 x? Masa ni mummy saya baru lepas habis pantang.. Saya dah nak balik Klang. Dah dua bulan saya dok ngan nenek saya kat Johor. Tp.. kat Johor memang best!! nenek saya mandikan saya, tolong tuamkan perut saya, urut2 saya.. lagi pun kat sini Atok selalu beli ikan & sayur fresh2.. mummy saya makan ikan yg sedap2 sebab tu saya jadi bam2 cam ni..

Masa ni saya dah 4 bulan. Saya dah expert meniarap.. itu pasal saya sengih memanjang...

Cak...!!
Mummy pls give me a ADIK
ok ok.. it's on the way lah dear.. ahahahaks

10 bulan.. yay.. saya akan dapat adik!!

11 bulan.. dah x baper bam2

sambut birthday 1st ngan cousin saya yg beza nya setahun je.

1 tahun 5 bulan.. saya nampak macho kan??

Mummy2.. adik cry.. Oh why~!

sambut bday saya yg kedua kt KGPA.. saya tahu rambut saya memang lah blonde.. jgn la puji lebih2.. hik3

Sambut raya lah pulak..~

Nasib baik la cousin saya belah mummy saya tu kecik lagi.. kalo tidak dah lama dah saya buli dia mcm adik saya ni.. hik3
(beraya kt umah makcik saya ni)

Mummy jap yek.. Saya nak SMS daddy.. suh dia beli air Bina (Ribena) & Air Lo (Milo)
Adik pun nak jugak~

Orang kata berdua lebih baik kan Mummy??

Inilah gambar baru saya~ Saya nak showing off my masculine side.. Nampak macho x?

Nota kaki mummy:.. hik3.. hatiku duka lara nie.. tgk gambar anak2 jadi sembuh sikit.. Merekalah penawar hati terbaik saya~~

Monday, March 8, 2010

I-City

Sabtu lepas.. Kami jenjalan ke I-City, Shah Alam. Tempat ni agak baru di bukak & boleh lah di jadikan salah satu tarikan ke bandar Shah Alam. Kalau sesapa x der aktiviti malam.. silalah datang cuci mata ya~

Nasihat saya, harap bersabar dalam kesesakan jln raya. Sangat sesak lah malam minggu hari tu.. kebetulan pulak petang tu hujan.. lepas hujan, berpusu2 org ke sana... sabar je saya layan kerenah anak2.

Layan gambar je la.....

warna-warni


Abang Amir teruja ngan raindeer

Adik Uzma di bilik sejuk~

Tak dapat nak amik gambar budak berdua ni ngan jayanya.. Sebabnya.. pantang jejak tanah dah lari. Penat mummynya nak mengejar... Sungguh aktif anak2 saya ni.

Friday, March 5, 2010

Seratus~ 100

Happy entry ke -100

Seronok ka??

Tidak pasti~Pasrah..
*
*
*
*
*
*

Saya mula berblog pada sekitar tahun 2006 .. Dalam frenster blog *klik* . Cerita sblm saya melangkah ke alam perkahwinan. Dalam blog tu saya kurang update. Sebab saya tiada kemudahan internet. Di pejabat lama dulu kena kongsi2 guna internet. Jadi .. banyak merepek. Berblog bukan dari hati & sanubari.. sekadar suka2..

Kini....... dengan kemudahan internet di tempat keje, membuat saya makin rajin nak update blog. Tapi.. masih lagi banyak merepek~ hik3.. Selalu hilang arah tujuan.. Tujuan asal nak kongsi pengalaman dalam dunia anak2.. motherhood.. parenthood.. kenangan2 manis.. hee.. masih belum tercapai di situ.. lagi satu azam saya buat blog adalah buat entry bersama informasi terkini, terbaik dari ladang bersama pengalaman2 saya.. = ada la sikit2~

Hik3.. Saya belum ada lappy & berukband yg hangat. Jadi.. x dpt nak update selalu dr rumah.. hu~~ Maka, tempat kerja menjadi port hangat. Jangan salahkan saya.. kerja saya 100% guna internet~ kadangkala kelajuan internet pun mempengaruhi kerja.. harusla bosan kan?? Tak salah bloging @ FB sekali sekala..

Harapan~ pasni x mo letak emosi hangat2, x puas hati ke.. marah tahap gaban pd sesapa kt dalam blog.. x mo letak dah!! stop2..

Ok la.. lapar lah pulak~~ hik3 .. mam dulu...

Thursday, March 4, 2010

Kekasih Cerahku (x gelap)

Saya memang dah jatuh cinta pada dia.. sejak pandangan pertama lagi. Hati ini~~ arghhh.. betul2 rasa ingin mendekati, mendampingi dan membelai2 mesra si dia.. Siapa yang x tergoda?? pada si dia yang gagah dan sasa tu.. Oh~! Abang Alphard ku.. bilakah masa dan ketika nya kita dapat bersatu~ impian ku!

Bodynya yang gagah.. Nampak macho ala2 transformers gitu.

Tang dalam x usah citer.. Abang & Adik boleh main nyorok2 camni.. !!

Eh.. ni sapa pulak ni? belum apa2 lagi En. Alphard ku dah curang! arggghh..
tapi.. aper2 pun saya suka yang ada sun roof tuh.. seksi habes!!

Wednesday, March 3, 2010

Nama Saya Tsara Uzma

My latest pic yg mummy saya godek2

Nama saya Tsara Uzma. Yg membawa maksud Kekayaan Terbaik/Terbanyak. Umur saya sekarang 1thn 3mgu.. Jantina saya Pempuan la.. jgn la salah tengok. Rambut saya memang sikit sbb mummy saya baru jer tebas kasik buang rambut saya tu~hiks~
Hobi saya... nakal2 selalu leh x mummy? Seronok tau buat mummy saya marah, pastu bila dah kena marah.. saya nangis kuat2..huuuuuuu.. pastu of course la mummy saya pujuk saya balik.. hik3~
Sekarang saya sudah tau.. hari2 daddy bawak keta bawak saya ngan Abang saya pg umah Uwan, jadi mummy sebenarnya co-pilot yg buleh abaikan lesen memandu yang dah 6 bulan mati tu.. kantoi!! seingat saya mummy penah driving bersama saya 2 kali sepanjang hidup saya.. mummy!! camane ni?? kata nak bawak FairLadyZ tu sama2 saya?? harus la memantapkan skill pemanduan tu.. aik.. ni macam dah melalut je...

Ok.. ok.. saya nak citer yg sekarang saya sudah tahu la daddy buleh bawak kami pegi jenjalan mkn angin. Jadi, bile daddy sudah lengkap berpakaian .. harusla saya mengikut daddy kemana je.. walau ke bilik air sekali pun.. Dan bila mummy saya dah cantik2 tahap Nasha Aziz tu confirm la ada agenda2 menarik yg wajib saya ikut sekali.. Err.. awak paham x nie?

Selain tu jugak .. saya selalu cemburu ngan Abang saya tu.. Pantang dia dekat2 ngan mummy saya.. saya pon nak masuk campur jugak.. Last2 mummy saya kepit kedua2 nya di celah ketiak.. dok diam kat situ..
Saya jugak suka kacau Abang saya.. Eii saya dah besar la.. dulu kecik2 Abang suka buli saya.. sekarang x der salahnya saya membuli dia balik.. dush dush

Apa yg Abang ada pun, harus la saya ada.. Kongsi?? NO.. apehalll nak kongsi2 ni.. Kongsi fat cai dah habiss la...

Makan?? Don't worry la.. Saya makan ape2 jer.. nak belanje saya Kenny Rogers lagi la amat di alu2kan.. Saya memang suka makan... Saya x macam Abang saya yg selalu wat mummy pening nak bagi Abang makan apa sebab Abang saya x suka makan.. Asyik2 susu je..
ok la.. mummy saya tetiba pening tu.. x tau naper dia asyik len macam je 2-3 menjak ni... cian mummy saya kan?... ok bye..

Saya & mummy saya.. @ Zoo Melaka

Tuesday, March 2, 2010

4 hari cuti

4 hari tiada entry~ sunyi sepi rasanya~
Jumaat~ Sambutan Maulidul Rasul.. Balik umah MIL.. Jiran saya ada buat jamuan & kami kena siapkan katering nya~ Pada masa yg sama saya demam..
Sabtu~ x der pg mana2. Masih demam + period pain pulak.. hik3.. suhu badan statik 38
° celcius. x naik x turun ~ mlm tu jugak ajak hubby balik Sg. Besi...
Ahad~ Demam berkurangan. tapi sakit kepala pulak. hik3 bertimpa2 pulak sakit saya n. tambah lagi satu lagi sakit perut. aduyai sengsara melawat toilet jer kerjanya.. Tp masih terkawal. Gagahkan diri pergi Elken Fiesta. Tgk2 jap pastu balik. Too bad lah.. I left my beloved camera at home. so, x der gambar.
Isnin ~ memandangkan toilet masih lagi menjadi teman baik saya . Semalam saya amik emergency. Malas nak pg klinik amik MC. Releks jer kat umah...


Aduh... banyak sungguh dosa saya agaknya....